Isnin, 14 Julai 2008

Konfeksi otak sejuk beku.



Yah, sudah hampir seminggu saya memulakan kembali pembelajaran saya di universiti. Agak sukar juga pada mulanya bagi saya untuk membiasakan diri dengan kelas pagi, kerana semasa praktikal, saya hanya bangun jam 9.00am dan pergi kerja jam 10.00am. Tapi saya agak bersyukur kerana jadual saya sudah bertukar untuk minggu-minggu yang akan datang.



Saya sudah memulakan kelas pertama saya dengan Dr. Siti Salbiah sebagai pensyarah. Saya dengan selamba masuk ke kelas. Ya, ternyata masih ramai pelajar-pelajar senior dalam kelas saya. Yelah, subjek semester akhir lah katakan... Jadi, tidak susah untuk saya dan Pokcik untuk mencari sekutu menubuhkan pasukan untuk kerja kumpulan yang wajib bagi subjek ini.



Dalam keghairahan saya pergi ke kelas, saya terlupa sesuatu yang patut. Saya boleh lupa tentang suhu penghawa dingin bangunan COIT yang menghampiri taraf konfeksi ais beku. Sudahlah saya dengan egonya hanya berkemeja t dan tidak berkasut. Perghh! Dia punya sejuk, boleh beku otak kawan... bernfas pun boleh nampak wap. Untuk meneruskan hidup, saya memeluk tubuh dan menikmati kehangatan pelukan saya sendiri. Saya bersyukur dianugerahkan lapisan lemak tepu yang tebal, hasil kerja keras saya selama 20 tahun... hehehehehe...



Tamat sahaja kelas, kami terus pergi makan, dan seterusnya pergi menonton wayang. Pada mulanya saya dan Pokcik kepingin untuk menonton filem ‘The Incredible Hulk’ tapi akibat waktu tayangan yang tidak memuaskan, kami terus menonton filem ‘Hancock’.

Tiada ulasan: