Jumaat, 18 Julai 2008

Semangat ilmuwan membuta tuli..


“Weh, ko dah print kad nama tu?” Ujar Pokcik yang masih belum menggosok gigi, memecahkan kesunyian pagi Rabu itu sambil menjenguk masuk ke bilik saya.



“Nak print ah ni...” saya juga yang masih belum menggosok gigi menjawab.



Jam sudah menunjukkan pukul 11.00am. Menurut jangkaan kasar kami, masih ada satu jam sahaja untuk kami menyiapkan kad nama yang diarahkan Puan Sulfeeza sebelum pergi ke kelas pada jam 12.00pm. Bukan kerana saya malas ingin menyiapkan kerja itu lebih awal, tetapi oleh kerana kesibukan saya bersama kelab, membuat persiapan untuk booth kami di bazaar kelab mengakibatkan saya terleka tentang kerja yang sepatutnya mudah ini.



Sambil Pokcik mandi, saya terus menyiapkan kad nama itu. Saya juga membantu bekas kapten saya, Syida untuk mencetak kad beliau kerana dia tiada pencetak berwarna. Selesai sahaja, saya pun bergegas mandi tanpa bernyanyi ketika mandi. Segalanya berlaku dengan huru-hara dan pantas.



Pokcik sudah keluar dulu dan memanaskan enjin keretanya yang diletakkan di tepi dewan Seri Saujana. Saya beransur kemudian ke sana.



“Ko taknak beli makan dulu ke? Karang lapar... kita kelas sampai pukul 4” Saya cuba mempengaruhi Pokcik untuk membeli makanan dahulu di Kafeteria dalam bangunan dewan itu. Lantas, kami pun membeli seketul hotdog dan sebotol susu soya dingin sebagai sarapan, merangkap makan tengahari kami.




Dengan mengunyah sambil di dalam perjalanan, kami meluncur deras, menerusi jalan yang basah menuju ke bangunan COIT. Kami sampai ke kelas pada jam 11.55am. Masih ada masa untuk kami menghabiskan susu soya kami. Sambil menikmati hirupan terakhir, kami agak pelik kerana tiada seorang pun budak dari kelas kami menanti di hadapan kelas. Jam sudah tepat pukul 12.00pm dan pintu kelas masih berkunci.



“Postpone ke?” Saya bertanya.



“Takkan ah, takde email pun... tukar tempat kot, kelas dia...” Pokcik cuba menyedapkan hati.



Lantas, Pokcik terus mengSMS Jaja untuk bertanya kelas di mana, tetapi tiada jawapan. Saya pula terus menelefon Aliaa dan tetap tiada jawapan. Kami mula menyangka bahawa kelas pun sudah bermula dan mereka takut untuk membalas soalan dan panggilan kami.



Kami terus pergi ke tingkat 1 pula kerana disitulah kemungkinannya perubahan lokasi kelas kami. Penerokaan kami menghampakan dan kami tetap tidak menjumpai kelas Dr. Siti Salbiah. Kami nekad untuk mencarinya di pejabat di tingkat 6.



Sampai sahaja, kami lihat Dr. Siti Salbiah sedang enak berbual di telefon. Kami agak angin dan amarah kerana beliau membatalkan kelas tanpa notis kepada kami. Baru sahaja kami hendak meluru masuk ke dalam biliknya, tiba-tiba langkah saya terhenti dan terus menghentikan langkah Pokcik sekaligus.



“Weh, kelas kita besok la..” Saya mula teringat sambil tersengih.



Pada mulanya, Pokcik tidak percaya, namun setelah kami pergi ke makmal komputer di tingkat 4, barulah terbukti, kami salah jadual pada hari itu. Itu lah, entah apa yang kami fikir... sampai jadual kelas kami yang comel itu pun tidak kami ingat... hehehehehe



1 ulasan:

Krazer berkata...

hahaha.. mmg ko lawak tol laa.. ble lak gi kelas salah hari.. hak2.. Pengajaran: print jadual dan lekat di dinding.. :p