Oleh kerana ada permintaan supaya kami memainkan lagu ‘Geylang si Paku Geylang’, menggunakan gamelan, Hazman terpaksa bertungkus-lumus mencari skor dan menggubah sendiri lagu itu supaya dapat dipermainkan menggunakan alat-alat gamelan yang berskala pentatonik slendro kami.
*Nota - Gamelan berskala pentatonik slendro tidak cukup not muzik untuk bermain lagu-lagu biasa.
Setelah lagu siap, kami pun bersama-sama ke bilik gamelan dengan beberapa lagi teman yang ada, untuk mencuba dan bermain dengan skor yang baru Hazman gubah itu. Dia telah membahagikan alat-alat muzik asas kepada bass – (demung, kenung, gambang), melodi – (bonang), ritma – (saron barong) dan irama – (saron peking).
Saya termasuk dalam kategori bass bersama Jeneral Hafiz dan Jeneral Os. Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami dan mengecapi skor yang hazman sediakan itu. Walaupun terhegeh-hegeh pada mulanya, kerana sudah lebih 3 bulan tidak menyentuh alat gamelan, akhirnya dapat juga kami bermain muzik yang diinginkan. Kami terpaksa betul-betul faham lagu itu, kerana persembahan kami adalah pada 25hb Julai ini... huh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan