Selasa, 1 Julai 2008

Selamat Jalan Situt



Malam tadi, kucing saya Situt sudah pergi meninggalkan dunia yang penuh pancaroba ini. Situt baru sahaja berumur 1 tahun 6 bulan. Tetapi sakit pundi kencing sejak 4 hari yang lalu. Pundi kencingnya membengkak, dan ia tidak boleh kencing dan berak. Kami tak sempat membawanya untuk dirawat di hospital.



Saya sudah kehilangan teman untuk menonton televisyen dan menulis pada larut malam. Situt juga merupakan teman tidur setia kepada adik saya, Hawa. Hawa adalah orang yang paling bersedih malam itu. Dia menangis setelah pulang dari kelas malam dan melihat Situt sudah




Malam tadi juga, saya bersama ayah telah mengkebumikan Situt di halaman belakang rumah. Berpaluh juga saya untuk menggali kubur sedalam 2 kaki pada waktu malam. Tapi, demi Situt, tak mengapa.




Tiada lagi Situt yang manja dan nakal... Tiadalagi suara ngiauannya mengejutkan saya untuk mengeluarkannya pada dinihari... Tiada lagi geselan Situt pada kaki...

2 ulasan:

syun berkata...

ish..sedihnye..patutnye hadi letak lar gambar situt yg sihat..ni meyebabkan kesedihan yg melampau dengan..

~MaNjAmAS~ berkata...

alamak! bob saje jer nk buat org sedey kan???

tingat arwah juliet yg mati lepas hidup dgn mas selama 15 thn (ayh beli masa mas baby, dia mati mase mas form 3)..since dia dah takde, mas dah tanak bela personal cat!! sedey wooooo!! bob jahat!