Khamis, 25 September 2008

Hadi raya dan Hari Raya



Syawal hampir kembali, walaupun hati ini merasa amat teruja, akan tetapi tetap ujud rasa sedih kerana Ramadhan akan pergi lagi meninggalkan kita. Harap-harap sempat lagi lah saya bertemu Ramadhan akan datang.



Gambar diatas diambil ketika 1 Syawal 2005. Lagi beberapa hari sahaja saya akan bergelar pelajar di Uniten. Ketika itu saya masih tidak tahu bagaimana agaknya suasana di Uniten, dan bagaimana agaknya keadaan saya apabila kembali bergelar pelajar.

Kini, sudah hampir 3 tahun berlalu. Macam-macam yang saya sudah jumpa, sudah buat, sudah cuba, sudah jadi, sudah main di Uniten ini. Pelbagai ragam manusia, pelbagai jenis sahabat, pelbagai lapisan masyarakat. Pasal pengalaman pula, tak usah cerita lah. Banyak sangat dah.

Duduk dan belajar dalam Uniten ini memang banyak mengajar dan merubah saya, walaubagaimanapun, jatidiri saya tetap Hadi yang dahulu, walau sudah banyak Hari yang Hadi lalui… kah kah kah.



Oh, termelalut pula saya. Pada asalnya, saya ingin bercerita tentang raya.

Ketika kemasukan ini ditaip, hanya lagu-lagu raya sahaja yang berkumandang melalui corong-corong speaker separa besar saya. Sepatutnya petang ini juga saya sudah pulang ke kampung. Akan tetapi kerana majoriti rakan sekelas saya yang tidak mahu kelas Dr. Siti diganti ke minggu hadapan, maka jawapnya esok ada kelas! Huh!

Tahun ini, Emak sudah siap menempah sepasang baju melayu untuk saya. Warna? Rasanya ungu metallic.. hahahaha! Kita tunggu dan lihat sahaja 1 Syawal ini bagaimana. Samping juga sudah siap dibeli. Songkok? Pakai sahaja tahun lepas punya, maklumlah, pakai songkok pun setahun boleh dikira dengan sebelah tangan sahaja berapa kali pakai.



Seperti tahun yang sudah, saya sudah disediakan tugas oleh Ayah saya untuk membakar sate pada malam raya ini. Teringat pula tahun lepas, akibat kehandalan saya yang tak pernah membakar sate, maka saya terbakar sate itu dengan lidi-lidinya sekali. Kelakar juga melihat Pak Imam dan orang kampung makan sate tanpa lidi. Nasib baik Herman dan adiknya datang membantu kemudian.

Biskut raya yang adik saya Hawa buat juga mungkin sudah disembunyikan. Saya memang seorang yang mudah ketagihan biskut raya. Bila sudah mula mengunyah, tidak boleh berhenti kecuali ada gangguan besar. Adakalanya saya membedal ibarat membedal pop corn sambil menonton TV.

Menu wajib hari raya pertama di rumah saya adalah lontong (walau saya kurang gemar lontong), ketupat, sambal kacang, rendang ayam dan daging (Emak tak makan ayam), lemang import dari Gedangsa.

Hari raya kali ini saya tidak pulang ke kampung, kenapa? Sebab saya tiada kampung! Kah kah kah kah! Gombak lah asal usul Emak dan Ayah saya… Dari lahir saya tak pernah kenal erti balik kampung yang sebenar… huhuhuhu…

Ok lah, apa-apa pun, selamat hari raya, maaf zahir batin…


Balik Kampung


Hadi: Man, kau bila balik kampung?

Luqman: Jumaat ni, insyaAllah..

Hadi: Kau drive ke balik Terengganu?

Luqman: Ha'ah, aku kena jadi driver makcik aku. Ko pulak bila balik kampung?

Hadi: Jumaat ni gak.

Luqman: Kau balik mana?

Hadi: Gombak.

Luqman: Ko tak balik kampung?

Hadi: Tu lah kampung aku. Gombak.

Luqman: Chet! dekat je!

Hadi: Apa boleh buat, tu je lah kampung asal dari datuk nenek aku... huhuhu

gambar - arwah datuk, Hj Ali

Puasa, bagaimana puasa Rasulullah?


Setiap kali menyambut Ramadhan, berbuka puasa sudah dijadikan ibarat pesta. Setelah saya terbaca artikel ini, saya mula tersedar. Selama ini memang saya mewah dan tidak pernah merasakan betul-betul erti kelaparan orang yang kebuluran...

Agaknya bagaimana rasanya berlapar sehingga terpaksa mengikat perut dengan batu, ibarat yang pernah dilakukan Baginda Rasulullah S.A.W? Saya pun tidak dapat bayangkan.. Maaf..

Kena Tag 2

7 Fakta tentang diriku? tagged by alimi

The rules:
* Link to your tagger and post these rules on your blog.

* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.

* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.

* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog


1. PAKAIAN
Seorang yang tak pernah memikirkan mengenai jenama dalam berpakaian. Kalau dikira harga sepersalinan pula, selalunya tak pernah melebihi RM 200 satu set sekali pakai (baju+seluar+boxer+kasut). Baju pula, 98% berwarna hitam.

2.KAKI RAYAU
Memang kuat merayau, dan diketahui umum. Boleh meronda-ronda berjalan kaki sepanjang hari tanpa bosan. Pernah merayau sekitar Kuala Lumpur seharina dengan hanya RM 2.00 dalam poket.

3.MAKAN
Memang gemarkan aktiviti makan, tengok perut la! Tapi banyak benda tak boleh dan tak suka makan. Tak boleh makan seafood (boleh bawa maut), tak suka makan rambutan, tak boleh minum jus mangga nanti muntah. Tidak gemarkan benda yang ada dicampur durian. Tetapi sangat gemarkan buah durian dan ketagihan tempoyak.

4.KERETA
Meminati kereta yang gagah perkasa lagi gedangsa, akan tetapi tidak akan memandu. (Walaupun berlesen penuh). Kecuali atas sebab hidup atau mati.

5.GADGET
Laptop saya bernama Isabel X Marion, telefon bimbit saya pula bernama Nigina dan Melissa, external hard disk saya masih belum ada nama…

6.TIDUR
Tidak memilih tempat untuk tidur, tetapi amat cerewet memilih tempat untuk berak.

7.IKEA
Tidak pernah masuk pun dalam IKEA… Kah Kah Kah!

Mangsa-mangsa berikutnya?

1- Mastot
2- Ein
3- Syun
4- Zul
5- Paan
6- Nan
7- Tun M




Muzik ~ Santana feat Everlast - Put Your Lights On



"Put Your Lights On"
(feat. Everlast)

Hey now, all you sinners
Put your lights on, put your lights on
Hey now, all you lovers
Put your lights on, put your lights on

Hey now, all you killers
Put your lights on, put your lights on
Hey now, all you children
Leave your lights on, you better leave your lights on

Cause there's a monster living under my bed
Whispering in my ear
There's an angel, with a hand on my head
She say I've got nothing to fear

There's a darkness living deep in my soul
I still got a purpose to serve
So let your light shine, deep into my home
God, don't let me lose my nerve
Lose my nerve

Hey now, hey now, hey now, hey now
Wo oh hey now, hey now, hey now, hey now

Hey now, all you sinners
Put your lights on, put your lights on
Hey now, all you children
Leave your lights on, you better leave your lights on

Because there's a monster living under my bed
Whispering in my ear
There's an angel, with a hand on my head
She say's I've got nothing to fear
La illaha illa Allah
We all shine like stars
La illaha illa Allah
We all shine like stars
Then we fade away

Selasa, 16 September 2008

Pilihanraya atau pilih yang bergaya?

Saya sudah agak lama mengasingkan diri dari dunia politik, termasuklah politik dalam kampus. Saya bosan dan menyampah. Ini adalah kerana saya jatuh cinta pada seni. Mungkin agak ramai yang tidak mengerti. Saya jangkakan, tindakan berkecuali yang saya ambil adalah yang terbaik buat saya.


Saya fikirkan jika saya memperhambakan diri untuk seni, saya tidak perlu lagi berhadapan dengan birokrasi, korupsi dan kapitalisma.


Ternyata saya silap.


Akan tetapi, ketika kehangatan pilihanraya di Uniten, dan di detik-detik terakhir tempoh saya bergelar pelajar dan warga Uniten, saya diperkenalkan dengan seorang saudara yang ternyata berbeza pandangan politiknya dari pelajar-pelajar lain.


Kematangan beliau juga tidak dapat saya sangsikan. Saya seronok berkenalan dengan beliau. Jadi saya memilih untuk menyokong Syafeeq.


Mahu kenal beliau? sila klik sini....


Namun begitu, saya masih ternanti-nanti calon yang cuba menegakkan syariah di dalam kampus, ada berani?

Jumaat, 12 September 2008

Ziarah Syukran Akhiran Char Kuey Teow

Minggu lalu, Amir yang kebosanan telah mengajak saya untuk merayau-rayau. Akan tetapi, ketika ajakan beliau sampai, saya masih sedang merayau-rayau di Kuala Lumpur bersama adik bongsu saya, Hawa. Sehinggalah jam 10.30pm, barulah saya menjejakkan kaki saya kembali di rumah.


Hidayat juga mencari saya sebagai teman lepak pada awalnya, akan tetapi beliau kecewa kerana kelewatan saya yang melampau dan beliau terus mencari teman wanitanya menggantikan saya. Lebih kurang jam 11.30pm, kereta kancil ekstremis Amir mula terpacul di halaman rumah saya. Lantas saya pun bersiap mandi dan solat Isya'.


Kami buntu akal pada mulanya tentang lokasi menghabiskan masa kami. Saya mula memerah otak untuk mencari tempat lepak yang menarik, murah dan masih terbuka pada waktu itu. Kami tidak ingin lepak di Uptown atau Downtown atau mana-mana bazaria larut malam kerana saya sudah kehabisan wang berbelanja sakan untuk raya pada siang tadi. Ramai juga rakan-rakan seperlepakan yang kami hubungi, namun masing-masing sudah ada agenda tersendiri malam minggu itu.


Setelah hampir kering keringat otak, baru saya teringat akan Ali, sahabat lama ketika di kolej dahulu yang mengusahakan restoran Mamak yang terletak di pinggir Ampang. Restoren beliau dinamakan Restoran Syukran. Saya pun mengajak amir untuk ke sana. Amir cuba mencari kaki kaki lepak yang lain, akan tetapi gagal. Lalu saya mengajak Fadhil yang sudah berkahwin dan hampir tidur. Fadhil yang sudah agak lama tidak lepak bersama kami semenjak beliau berkahwin pun setuju untuk keluar pada malam itu.



Tidak susah buat kami mencari kedai Ali, walaupun kami hampir sesat sedikit (sudah menjadi adat jika saya dan amir keluar bersama, pasti akan sesat sedikit). Agak mudah buat kami mengecam kedai Ali kerana papan tanda yang besar dan juga susuk tubuh Ali dan Hazrul yang besar. Cuma Ali kelihatan sudah kurus sedikit, mungkin kerana tekanan perasaan akibat berniaga.



Kedai ali juga terletak bersebelahan dengan sebuah kedai 24 jam ala 7-11, akan tetapi, nama kedai itu amat menarik perhatian saya. '77'. kah kah kah kah!


Kami lepak agak lama, dan pelbagai makanan dan minuman yang berkolestrol dan pekat manis masuk dalam tubuh kami. Ali juga dengan istimewanya telah memasak sendiri Char Kuey Teow untuk saya dan Amir. Untuk saya agak istimewa kerana tidak diletakkan udang. Amir yang gout itu tetap berdegil untuk diletakkan udang dalam hidangannya. Lantak awak lah Amir, Awak dah besar. Kami asyik minum, makan, berbual, menonton TV, mengumpat, berangan, sehinggalah kami teringat yang Fadhil sudah kahwin. Agak kurang manis/ajar jika kami membiarkan isteri Fadhil berseorangan di rumah. Lalu kami pun mengutarakan salam perpisahan dan mula bergerak pulang dengan perut yang kenyang.



Dalam perjalanan pulang, akibat teknik pemanduan Amir dicampur dengan perangai kami, Amir telah disaman oleh Polis kerana melanggar lampu merah. Kah Kah Kah Kah!