Jumaat, 12 September 2008

Ziarah Syukran Akhiran Char Kuey Teow

Minggu lalu, Amir yang kebosanan telah mengajak saya untuk merayau-rayau. Akan tetapi, ketika ajakan beliau sampai, saya masih sedang merayau-rayau di Kuala Lumpur bersama adik bongsu saya, Hawa. Sehinggalah jam 10.30pm, barulah saya menjejakkan kaki saya kembali di rumah.


Hidayat juga mencari saya sebagai teman lepak pada awalnya, akan tetapi beliau kecewa kerana kelewatan saya yang melampau dan beliau terus mencari teman wanitanya menggantikan saya. Lebih kurang jam 11.30pm, kereta kancil ekstremis Amir mula terpacul di halaman rumah saya. Lantas saya pun bersiap mandi dan solat Isya'.


Kami buntu akal pada mulanya tentang lokasi menghabiskan masa kami. Saya mula memerah otak untuk mencari tempat lepak yang menarik, murah dan masih terbuka pada waktu itu. Kami tidak ingin lepak di Uptown atau Downtown atau mana-mana bazaria larut malam kerana saya sudah kehabisan wang berbelanja sakan untuk raya pada siang tadi. Ramai juga rakan-rakan seperlepakan yang kami hubungi, namun masing-masing sudah ada agenda tersendiri malam minggu itu.


Setelah hampir kering keringat otak, baru saya teringat akan Ali, sahabat lama ketika di kolej dahulu yang mengusahakan restoran Mamak yang terletak di pinggir Ampang. Restoren beliau dinamakan Restoran Syukran. Saya pun mengajak amir untuk ke sana. Amir cuba mencari kaki kaki lepak yang lain, akan tetapi gagal. Lalu saya mengajak Fadhil yang sudah berkahwin dan hampir tidur. Fadhil yang sudah agak lama tidak lepak bersama kami semenjak beliau berkahwin pun setuju untuk keluar pada malam itu.



Tidak susah buat kami mencari kedai Ali, walaupun kami hampir sesat sedikit (sudah menjadi adat jika saya dan amir keluar bersama, pasti akan sesat sedikit). Agak mudah buat kami mengecam kedai Ali kerana papan tanda yang besar dan juga susuk tubuh Ali dan Hazrul yang besar. Cuma Ali kelihatan sudah kurus sedikit, mungkin kerana tekanan perasaan akibat berniaga.



Kedai ali juga terletak bersebelahan dengan sebuah kedai 24 jam ala 7-11, akan tetapi, nama kedai itu amat menarik perhatian saya. '77'. kah kah kah kah!


Kami lepak agak lama, dan pelbagai makanan dan minuman yang berkolestrol dan pekat manis masuk dalam tubuh kami. Ali juga dengan istimewanya telah memasak sendiri Char Kuey Teow untuk saya dan Amir. Untuk saya agak istimewa kerana tidak diletakkan udang. Amir yang gout itu tetap berdegil untuk diletakkan udang dalam hidangannya. Lantak awak lah Amir, Awak dah besar. Kami asyik minum, makan, berbual, menonton TV, mengumpat, berangan, sehinggalah kami teringat yang Fadhil sudah kahwin. Agak kurang manis/ajar jika kami membiarkan isteri Fadhil berseorangan di rumah. Lalu kami pun mengutarakan salam perpisahan dan mula bergerak pulang dengan perut yang kenyang.



Dalam perjalanan pulang, akibat teknik pemanduan Amir dicampur dengan perangai kami, Amir telah disaman oleh Polis kerana melanggar lampu merah. Kah Kah Kah Kah!



Tiada ulasan: