Isnin, 1 September 2008

Merdeka atau Metallica?


Merdeka?

Ya, mungkin ada yang beranggapan saya tidak patriotik. Itu terpulang kepada definisi anda masing-masing tentang apa itu patriotik. Yang saya tahu, walaupun saya bukan nasionalis, tapi saya sayang dan cinta kedaulatan negara saya ini. Mungkin ada yang anggap saya anarkis, golongan kiri, penentang, pemalas, teroris, nihilis?... oh tidak... saya orang biasa sahaja.

Merdeka?

Apa erti merdeka bagi saya? hurm.. pada istilah asalnya, pastilah bebas. Bebas dari segala-galanya. Akan tetapi, sebagai manusia, kebebasan itu perlu ada batasan. Terutamanya batasan agama. Kerana, tanpa agama, saya tidak akan keruan dan hilang arah tuju. Apa guna bebas tanpa arah? Saya pernah merasakan bebas sebebas-bebasnya, dan kebebasan itu tidak bermakna sehinggakan wujud satu rasa bosan yang menyayat hati.

Merdeka?

Ya, bagi saya saya merdeka...
walau saya berhutang sebanyak rm 80,000 dengan PTPTN...
walau saya masih belajar di IPTS sedut darah...
walau saya masih tinggal bersama ibu bapa...
walau saya masih bergantung pada kenderaan awam..
walau saya masih belum bekerja ketika di usia ini...
walau saya masih terikat dengan AUKU...

Setiap kali menyambut kemerdekaan, itu bermakna umur saya juga akan bertambah...

Yang penting, saya merdeka mengikut istilah saya sendiri... Bebas dan Liar... hehehehe

Apa-apa pun, selamat menyambut hari kemerdekaan. Terima kasih kepada semua pejuang, kiri atau kanan... :)

Tiada ulasan: