Isnin, 7 Julai 2008

Kembali ke alam barzakh? Bukan... kembali ke alam pelajar.

Tamat sudah latihan industri saya selama 3 bulan. Semalam saya sudah mula menyambung fasa pendidikan saya dengan pulang ke UNITEN, Institut Pengajian Tinggi Swasta yang paling hangat sekarang. Terima kasih pada Saiful Bukhari Azlan, mengakibatkan universiti ini manjadi hangat secara mendadak. Kah Kah Kah Kah...


Saya sampai di Uniten pada jam 12.15pm, dengan menumpang kereta kancil decepticon milik Pokcik. Kami terus pergi membayar yuran di bangunan Admin, sambil mata meliar melihat gadis-gadis demi mencuci mata. Maklumlah, masa praktikal, tiada perempuan langsung di pejabat kami. Jangan kata perempuan, lelaki cantik pun haram satu sen pun tiada!


Setelah selesai membayar yuran dan tanpa menyakat kakak kaunter, kami bergegas ke Kelompok Cendikiawan untuk mendaftar bilik. Setelah mendaftar dengan cermat, kami berkesempatan untuk menyakat kakak kerani yang bertugas pada hari itu. Setelah selesai, saya mula mengemas bilik dan menyiapkan keadaan supaya penuh dengan suasana pembelajaran yang paling bergaya.





Nasib saya agak baik kerana kedudukan bilik saya yang menjadi laluan sisipan angin lintang yang menyegarkan pengudaraan bilik. Beserta cahaya matahari yang peratusan kemasukan masuknya cukup-cukup untuk membuatkan bilik itu terang dan bernyawa. Juga kedudukan dari sudut cakah yang mempunyai feng-shui tahap syurga delapan. Saya juga sudah menyediakan beberapa helai kemeja T berwarna hitam sebagai pakaian seragam saya untuk ke kelas.





Demi menjadi pelajar yang berjaya dan berjaya, saya sempat juga mengambil sebiji pensel dan sebuku kertas kajang baki dari semester lepas. Kertas kajang yang saya beli bersama-sama Farah ketika kami hampir terkurung di bangunan PKNS pada semester lepas, gara-gara khayal merayau. Saya yakin dan percaya bahawa kertas kajang Farah sudah habis dipakai. Saya punya masih ada separuh buku. Ini benar-benar membuktikan saya adalah pengguna berhemat.




Jadi, malam ini saya perlu tidur lebih awal, supaya esok tidak terlambat pergi kelas Dr. Salbiah esok pagi... hehehehehe

2 ulasan:

Miss Teru berkata...

selamat semua.. kimslm pkcik nnt yer..

Letting the time pass me by berkata...

Ya ... UNITEN tetiba aje menjadi terkenal...

Maybe not for the reason that we wanted....

Student UNITEN mesti ade inside information pasal kegiatan saiful nie......