Jumaat, 3 April 2009

Badan Sihat Otak Cerdas

Hari itu Pokcik demam.

Dari malam tadi dia tak kebah-kebah. Tu lah, badan dia antibodi dia bukannya kuat sangat. Makan pun bukan reti nak pilih yang berkhasiat. Air masak lagi la.. Tak minum langsung.

"Tak manis" Kata Pokcik mengada-ngada.

Pokcik memang susah nak berpeluh. Entah apa genetik dia, saya pun tak tau. Tengahari itu, kami memilih makan di kedai yang paling panas dalam sejarah. Dekat dengan hostel Amanah. Memang panas gila. Saja kami nak buat Pokcik berpeluh.

Pergh.. Pokcik boleh makan nasi putih lauk ikan goreng saiz kecik, pastu taruk kicap. Nasi pulak suku pinggan je. Tengok lauk Pokcik ambil, saya pun tak selera nak makan. Cepat-cepat saya alih pandangan ke arah lauk daging masak kicap saya. Baru terliur sikit. Lepas tu terpotong balik selera. Ada ke patut tengah-tengah baik punya menyuap, kakak kedai tu boleh pergi mop lantai pakai clorox? Habis lauk daging masak kicap jadi daging masak clorox. Bau clorox pekat masuk mulut. Tak boleh ke mop lantai petang-petang sikit?

Habis makan, Pokcik masih demam. Hidung dia berair. Siap batuk-batuk. Kami pun ajak Pokcik pergi klinik. Tapi, sebagai 'eco-friendly' punya ideologi, saya ajak Pokcik pergi klinik kerajaan sahaja. Terma 'eco' dalam 'eco-friendly' itu, bukan bermakna 'ecology'. Tapi bermakna 'economy'. Ini adalah kerana Klinik kerajaan murah. RM1 sahaja, macam-macam ubat boleh dapat.

Rahim yang memandu hari itu. Dengan kelajuan biasa, dia memecut menuju ke arah rumah sewa mereka. Berhampiran sana ada satu klinik kerajaan yang jarang-jarang buka. Petang itu, masa dalam perjalanan kami tengok tingkap dia buka. Jadi kami tak lepaskan peluang.




Rahim dengan bergaya, terus parking belakang klinik. Saya dan Faris berjalan cepat masuk ke klinik mengiringi Pokcik ikut pintu belakang. Dengan yakin, saya kami terus mambawa Pokcik ke kaunter pendaftaran. Pokcik pun cepat-cepat nak keluarkan kad pengenalan nak mendaftar.

"Ya, boleh saya tolong?" Kakak jururawat berbangsa India yang agak comel bertanya.

"Nak mendaftar kat sini ke?" Saya bertanya dahulu, memotong line Faris.

"Nak mendaftar untuk siapa?" Kakak itu bertanya kembali.

"Untuk dia." Tangan kanan laju menunjuk ke arah Pokcik. "Dia demam, ngan batuk."

"Uhuk-uhuk!" Pokcik menggayakan bunyi batuknya.

"Untuk dia? Kat sini tak boleh dik... Tapi kalau nak cek darah je boleh." Kakak jururawat seperti ada bantahan.

"Kenapa pulak tak boleh?" Saya membantah kembali. Riak wajah Pokcik mula semakin sayu. Dia terasa seperti wujud diskriminasi.

"Ha'ah! Kenapa tak boleh?" Faris pula baru berpeluang bersuara. Dia tak mahu kalah.

"Dik.. Lelaki dewasa kena pergi klinik lain."

Kakak itu sabar, ambil nafas, menyambung penerangan...

"Ini klinik untuk pemeriksaan Ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak..."

Kami pandang keliling... Baru perasan ibu-ibu mengandung sahaja yang ada dalam klinik itu.

Kami terus cabut, lari ikut pintu belakang, balik. Malam itu Pokcik beli ubat di farmasi sahaja.


8 ulasan:

a p e x berkata...

hahaha...siot je pegi klinik ibu mgandung....ala, klu nak cover malu tu, kau pura2 mengandung pon ok kot bob...hahaha

fahmie Kaiser berkata...

wahaha.. selama ni pon aku tak tau klinik tu utk ibu2 jer.. wakakaka

Marniyati berkata...

Hahahahahaaa..

Mula-mula baca, terasa sedikit keliru dengan frasa 'klinik yang jarang-jarang di buka'. Rupa-rupanya klinik ibu mengandung! Memanglah jarang di buka sebab jadual klinik ibu mengandung hanya di buka Isnin - Khamis sahaja.

Aduhai.. (nak sambung gelak)...

honey berkata...

aku rasa pokcik mengndung kot?tu yang dapat seru nak g klinik ibu mengandung tu.hhaahha..get well soon pokcik!

candyluvein berkata...

hahaha..walaupun da lmbt aku ttp nk komen..
hahah..mmg gile klakar..pe la korang ni.. hehehe..seb baik xde pempuan yang ikut sebab klo x, mesti pandangan semua ibu2 lam klinik tu bertumpu padanya sebab amai lelaki yg escot die..haha

abdul hadi berkata...

hahaha! apa perangai ntah klinik tu, tak cover line langsung. layan je la kitorang, tak kesian ke? hehehe. Tu la pasal ein. Mesti semua tertanya-tanya siapa kah bapa? hahaha

Tanpa Nama berkata...

Infatuation casinos? confirm this unfinished [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] instruction and wing it keep in check down online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also into our warning [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] sparse buzz the accordance at http://freecasinogames2010.webs.com and displace in principal bucks !
another distinguishable [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] surroundings is www.ttittancasino.com , because german gamblers, issue as a be revealed done unconstrained online casino bonus.

Tanpa Nama berkata...

seize representing all to espy this unfettered [url=http://www.casinoapart.com]casino[/url] surprisingly at the forceful [url=http://www.casinoapart.com]online casino[/url] regulate with 10's of new [url=http://www.casinoapart.com]online casinos[/url]. spot [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-roulette.html]roulette[/url], [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-slots.html]slots[/url] and [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-baccarat.html]baccarat[/url] at this [url=http://www.casinoapart.com/articles/no-deposit-casinos.html]no ballad about of solitary's do a bunk of casino[/url] , www.casinoapart.com
the finest [url=http://de.casinoapart.com]casino[/url] to UK, german and all from stem to immovable the world. so in search the treatment of the idiotically [url=http://es.casinoapart.com]casino en linea[/url] corroborate us now.