Rabu, 22 April 2009

Sepetang di Klang

Minggu lalu, bersempena dengan menyambut hari menjadi penganggur kehormat, saya telah merayau-rayau di Klang.

Klang adalah tempat saya belajar mengenal erti hidup padatahun 1995-1997.

Banyak pengalaman pahit, manis, masam, masin, tawar yang saya tertinggal di Kota Di Raja itu.

Kali terakhir saya singgah di Klang adalah pada tahun 1998, iaitu masa saya ingin mengambil sijil PMR saya. Sempat juga saya menyeludup masuk ke asrama AYSK ketika itu untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang dirindui.

Setelah 11 tahun, akhirnya saya kembali menjejakkan kaki di Klang.



Masjid Sultan Sulaiman. Masa saya belajar di Klang dahulu, hanya ada 2 masjid yang pelajar-pelajar AYSK pergi untuk solat Jumaat. Kalau bernasib baik, dan tidak tertinggal bas, kami akan solat di sini. Kalau tidak, Masjid India lah jawabnya. Merasa lah kutbah Jumaat bahasa Tamil.




Asrama Yayasan Selangor Klang. Macam-macam yang saya belajar di sini. Dari sebaik-baik perkara, sehingga ke sejahat-jahat perkara. Di sini juga ramai insan-insan yang berhati mula sempat saya kenal, dan masih berhubungan sehingga sekarang, walaupun saya ada sejarah hitam. Insan berhati busuk pun ada juga.

Saya masuk di sini atas tiket antara pelajar terbaik Selangor pada masa dahulu. Biasalah, sepuluh terbaik dalam sekolah rendah pula tu. Cerdik kan? Bila masuk sahaja asrama ini, saya bertukar menjadi antara pelajar terbodoh. Sangat cerdik kan? Sehingga saya ditendang selepas PMR. Agak terkejut apabila saya singgah di AYSK, banyak yang telah berubah di sekeliling luarnya. Saya tak berkesempatan menjejakkan kaki masuk ke dalam, kerana bukan waktu melawat. Juga kerana saya malas nak berurusan secara rasmi.




Sekolah Menengah Methodist Lelaki (Anglo Chineese School) Klang. Panjang kan nama sekolah ni? Inilah satu-satunya sekolah Orang Putih yang sempat saya belajar. Sekolah ni ada Reverand dia sendiri sebagai penaung. Hebat kan? Sekolah ini memang sedap untuk belajar. Apakandaya, saya bukan pelajar yang bagus. Saya lebih sesuai digelar penjenayah pada masa itu.




Ini adalah antara kelas yang sempat saya duduk untuk belajar. Antara cita-cita saya masa sekolah dahulu adalah supaya retak-retak dalam kelas itu akan membesar dan mengakibatkan sekolah usang ini roboh. Ya, sikap anti sekolah saya memang tidak dapat dibendung pada masa lalu. Dalam kelas ini adalah antara tempat yang paling saya benci pada masa dahulu. Nak tidur pun susah. Kelas kecil sangat. Mesti Cikgu nampak punya. Tapi kelas ni sangat sesuai untuk aktiviti mengelamun. Memang layan sangat kalau mengelamun. Sampai ke Karachi pun boleh.




Tapak perhimpunan halal. Tempat saya bermesyuarat dengan penjahat-penjahat dari kelas lain. Walaupun selalunya tapak ini panas macam syaitan, tapi zaman budak-budak dahulu peduli apa. Segala jenayah-jenayah biasanya dirancang di tapak ini. Antaranya, bagaimana nak membakar sekolah, bagaimana nak ponteng tanpa disedari, bagaimana nak mencuri arnab di ladang Kemahiran Hidup.

Di sini juga kami sekelas pernah dipaksa beratur dan ditahan selepas tamat waktu sekolah, sehingga ada budak kelas kami yang mengaku mencuri kunci bilik Pendidikan Seni. Memang cilaka betul. Sumpah saya tak terlibat langsung. Nak buat apa dengan kunci bilik Pendidikan Seni? Bukan ada duit pun dalam kelas tu. Lukisan bogel ada lah. Kalau cantik tak apa. Ini hodoh nak mampus. Tak selera langsung nak curi. Siapa yang curi memang bodoh atau terencat akal.

Antara budak AYSK dalam kelas saya adalah Zakaria Basar, atau Zack. Zack, kau ingat lagi tak? Kita kena balik dah azan Maghrib masa tu kan? Hahahahahaha!




Kantin sekolah. Kantin ini kami kena kongsi dengan sekolah rendah. Dulu kantin ini agak unik sebab dia ada 2 kedai. Kedai Melayu dan Kedai Cina. Halal atau haram? masa itu saya tak berkira sangat.. Saya jarang lepak kantin ni. Maklumla, kami budak-budak AYSK ni bukannya ada duit sangat nak makan di kantin. Selalunya lepak surau atau tapak perhimpunan.

Di kantin ini, dahulu ada 2 menu yang agak unik. Nasi lemak berkuah dan roti krim boleh tambah sambal. Kalau duit lebih sikit, nasi lemak tu boleh taruk ayam. Kalau miskin tapi lapar, roti krim taruk sambal pun dah cukup mewah dah...

Air pula, tak payah banyak cerita. Memang celup tangan punya...




Nampak tak bilik disiplin dekat tingkat atas tu? Itu lah tempat kami budak-budak asrama pernah dikurung dan disoal-siasat. Kami siap kena lempang bertalu-talu. Mata saya pernah luka dan berdarah. Kenapa kami dilempang sebegitu rupa? Sebab kami tak bagi tahu ke mana kawan-kawan kami yang ponteng sekolah pergi. Mana kami nak tahu diorang ponteng pergi mana? Bukan kami yang ponteng. Diorang tak ajak pun... Masa itu pertama kali saya lihat Syukri, Hamka dan Mansor menangis. Orang lain saya dah banyak kali menangis saya tengok.

Siapa yang berani lempang kami tu dulu? Ustaz Nazri. Celaka punya ustaz. Sekarang berani ke dia? Cuba lah. Mansor dah besar macam dinosour. Hamka dah jadi Pegawai Tadbir Khas Keselamatan, ada pistol. Silap-silap mesingan pun ada. Maklumlaa, bodyguard VVIP kerajaan. Masa saya melawat sekolah hari itu pun Ustaz Nazri tak ada. Tak berani tunjuk muka lah tu. Saya memang dah siap pelempang bersihir nak balas balik. Hahahahahaha.

2 ulasan:

Marniyati berkata...

Hadi, angah pun bekas penghuni AYSK juga tau, tahun 1988 dan ditempatkan di Sekolah Convent Klang.. hahaha jangan tak percaya!

Angah masuk atas tiket Peperiksaan Darjah 5 (batch terakhir sebelum wujud UPSR).

Tetapi angah lagi brutal dari awak la, sempat bertahan seminggu sahaja di AYSK sebelum emak pindahkan angah ke sekolah kampung, huhu.. Ganas sangat, tak layak berada di AYSK!

abdul hadi berkata...

wah wah wah! senior saya ni!!! hahahaha