Ahad, 26 April 2009

Mesyuarat Jumaat yang agak emosi

Malam itu seperti biasa, Cicak ajak saya keluar. Cuaca sangat panas dan membuat saya meluat.

Dia ajak saya keluar awal. Lepas Maghrib katanya. Tapi entah apa masalahnya, lepas azan Isyak baru dia muncul di hadapan rumah saya. Mungkin apa yang dimakudkan dengan lepas Maghrib itu adalah lepas habis waktu Maghrib.

"Ada masalah laa.. Tunang dah buat hal.. Dia nak tangguh tarikh kawin." Cicak serius sambil buat-buat senyum. Tapi jelas senyuman dia nampak kelat.

"Patut bulan 6 kan? Dia nak tangguh sampai bila?" Saya bertanya.

"Tak tau lagi bila tu yang masalahnya.. Aku rasa ada kospirasi nih!" Kata Cicak sambil ketuk stering pakai jari. Macam main drum konon-konon.

Saya terus mesej Daus tanya dia nak join mesyuarat malam ni ke tak. Kemudian, kami terus menuju ke Jusco tempat Amir kerja. Sana ada ramai gadis-gadis manis kerja di kaunter. Sejuk sikit hati memandang. Sampai sahaja di sana, kami terus cari Amir dan merayau-rayau beli barang sikit.

Mula-mula Cicak ingat nak beli sushi diskaun, tapi bila sampai sahaja di kaunter sushi, mata kami tertarik tengok benda lain pula. Ada makanan percuma untuk dirasa.




Terus terbatal niat Cicak untuk beli sushi. Kami terus merasa makanan cubaan itu berulang-ulang kali sampai tersendawa. Tapi kami bijak, kami tidak tunggu di situ sahaja... Satu kali jalan kami makan 2-3 suap. Kemudian kami pergi tempat lain pula. Kami datang balik dan ambil lagi 2-3 suap. Sampailah 6 kali. Ternyata tindakan bijak kami itu tidak menimbulkan syak wasangka.

Saya dan Cicak masih kebosanan. Amir perlu kembali masuk ke pejabat. Cicak membeli satu botol keropok kentang, dan kami mula melangut di luar Jusco. Memerhatikan orang yang lalu lalang sambil mengunyah keropok.




Tahap kebosanan kian memuncak. Nak tunggu Amir habis kerja, jam baru pukul 11. Lantas Cicak ajak saya bergerak menuju ke Mali's untuk minum-minum. Kami pun mula bergerak.

Daus telefon saya, dan saya terus bagitahu supaya terus kumpul dekat Mali's. Amir pun saya mesej.

Sampai sahaja di lokasi, kami tak tahan dengan kesibukan di Mali's. Ramai sangat manusia. Nak letak kereta pun susah. Tak ada tempat. Ini boleh tambah serabut jawabnya.

Lantas, Cicak terus mengubah destinasi. Dia ajak minum di kedai sebelah kubur berdekatan UIA Gombak.

"Sana tak ramai orang sangat." Cicak kata.

Saya pun terus mesej Amir dan Daus tentang peubahan lokasi.

Malam itu, bersesuaian dengan cuaca yang panas, serta suhu hati yang panas, saya dan Cicak minta ABC sebagai bahan minuman. Tidak lupa air suam segelas seorang untuk menjaga suara.

Kami hanya menghirup ABC sambil menonton TV. Layan perasaan masing-masing. Tak banyak bersuara.

Sebentar kemudian baru lah muncul Daus dan Amir. Diorang duduk dan pesan minuman masing-masing. Nak mintak saya punya sikit, jangan harap! Panas ni!

"Emosi siut... Cinta hati aku buat hal laa..." Daus kata.

"Aku ni ha, tangguh tunang Lagi emosi! " Amir balas.

"Aku lagi best. Tunang aku tangguh kahwin entah sampai bila..!" Cicak menang.

"Aku lagi la, makwe pun takde!" Saya jerit. Dalam Hati... Hahahahahaha!

Memang malam itu penuh emosi.

ABC malam itu adalah paling tak sedap pernah saya rasa.



Tiada ulasan: