Jumaat, 10 April 2009

Cepat la habis! Adeh! Nak merayau!

Petang itu, saya sedang seronok menonton TV.

Lebih seronok, bila Hawa muncul dari dapur dengan semangkuk ais krim tiga warna. Seperti biasa, ais krim itu pasti akan dicukai sesudu dua. Memang sedap makan ais krim sambil tengok TV. Lebih sedap kalau kita tak payah bergerak untuk ambil ais krim.

Mak yang dari tadi hanya diam asyik membaca surat khabar, tiba-tiba mula bersuara.

"Ni, bila Kau pergi Kajang lagi Di?" Mungkin sudah habis cerita-cerita seronok dalam surat khabar itu agaknya.

"Esok Mak..." Jawab saya sambil lap ais krim di sudut bibir.

"Kau ni bila nak habis kerja projek kau tu?" Mak tanya lagi.

"Dah nak habis dah Mak, 24 haribulan ni, habis lah orang belajar." Saya jawab dengan separuh yakin, suara dalam.

"Haa, nanti dah boleh terus kerja la tu kan?"

"Ha'ah.." Jawab saya terangguk-angguk sambil mata masih terpaku kat TV.

"Nanti, dah kerja, ingat-ingatlah... jangan boros tau. Hutang kau banyak."

"Ye.... tau...." Keseronokan tengok TV mula kurang sikit. Teringat kat hutang PTPTN.

"Nanti duit gaji tu, jangan lupa simpan sikit tau. Asingkan dalam 250 ringgit ke, setiap bulan. Simpan. Jangan usik. Nanti, dalam 5 tahun, boleh la kau buat duit tu belanja kawin."

Perghh... Ini yang lemah ni. Macam mana la Mak boleh bukak topik kawin ni.... Adeh deh deh...

Tengok TV dah jadi tak seronok. Ais krim tadi pun dah mula rasa macam pahit-pahit sikit. Hawa tersengih-sengih kat sebelah.

"Mak, kalau duit simpan tu, bila dah cukup, orang ambik dulu boleh tak? Ada plan sikit." Saya tanya Mak pulak.

"Kau nak plan apa?" Mak tanya balik

"Nak buat beli tiket kapal terbang. Nak jalan-jalan. Nak merayau pergi Turki.. he he he he"
Saya jawab untuk menggembirakan hati sendiri. Konon-konon kelakar.

"Ahh.. Baik kau pergi Afrika." Mak cakap.

"Afrika?" Saya musykil.

"Ha'ah... Afrika... Kurus kau sikit nanti..!" Mak jawab...

Tak tau lah jawapan tu sarkastik ke ikhlas..

Hawa ketawa terbahak-bahak. Saya dah sedia kuda-kuda nak taekwondo Hawa.

9 ulasan:

G4F4 berkata...

kawen?

Rizdiahk Nahraf berkata...

hahahahhaahhahaha abis la ko bob......mak ko nak cucu tu...

kaiserslayz berkata...

cepat2 la berkahwin bob dgn si 'dia' yang kau cintai itu.. ^^

~MaNjAmAS~ berkata...

haih bob..cpt la kawen..nk pompuan mane meh mas pinangkan..shimi jer x available..dia x sudi kawen ngn bob, dia kate la..

a p e x berkata...

hawa ketawa girang kerna bakal mnerima akak ipar.... (jap...hawa tu adek kau ke bob? aku main ckap je..) hahhaha

honey berkata...

Yeehei..Afrika!!Kurusss!!

Emosa berkata...

wa dah cakap bob... lu memang dah kene kawin... umur lu dah tua bai!!! 3 tahun lagi je pangkal depan ganti 3... giler lu.. wa pun cuak camtuh... lu awek pun keliling selulit, lu angkat je satu mana bekenan... wa tgk semua kacik je ngan luh..

dnasura berkata...

mungkin ade betulnya cakap mak kamu..hihi gurau eh.. (^-^)

abdul hadi berkata...

suka hati korang laa.. ha ha ha.. nanti kawin aku nak hadiah peti ais dari salah sorang dari korang