Rabu, 21 Mei 2008

Petang yang terbakar

Setelah menghabiskan masa tanpa disedari di pejabat tadi, maklum lah, kerje beb. Tapi padahal saya rasa lebih menjurus pada aktiviti merepek dan bertungkus-lumus menyiapkan gubahan skrip untuk pertandingan akhir pengkisahan peringkat negeri Selangor Sabtu ini. Hehehhe Akhirnya saya adalah orang yang terakhir keluar dari bilik pejabat kami. Pokcik dan abang Noh awal2 dah turun tangga. Si Asyraf pulak terhegeh2 naik balik tangga. Tertinggal beg la pulak dia. Dah berapa kali ntah. Apa raa..

Sampai je kaki saya menjejakan kaki ke lantai terbawah, hidung kecil ini terbau asap yang sangat kuat. Saya lihat diluar pintu bangunan, agak berjerebu. Tinggal abang Noh keseorangan sedang menghalau kucing kurap yang tidur di motornya.

“Eh? Apa asap ni? Mana Pokcik?” Saya tanya dengan santun.

“Dah berlari.. laju mencicit dia ke sana dah.” Jawab abang Noh sambil menunjukkan kea rah punca asap kepul2 dari arah selatan, hujung blok bangunan itu.

Baru saya teringat, tadi Pokcik parking kereta dia dekat2 area situ. Saya sebagai seorang yang bersifat agak jakun, terus mengajak Zul sekali untuk pergi ke sana menangkap gambar. Untuk keselamatan dan kemalasan, kami pergi dengan menaiki kereta Zul. Sepanjang perjalanan kami menempuh asap yang sangat tebal seperti perasaan juruterbang pesawat concorde melanggar kepulan awan komolonimbus.

Setelah sampai, kami lihat, pasukan bomba yang gagah perkasa sedang bertarung dengan kemarakan api di kawasan padang lapang tepi bangunan. Percubaan menewaskan kebakaran mereka tampak agak sukar, kerana cuaca petang itu agak panas. Api masih marak dan asap masih berkepul2. Saya dan Zul terus mengambil pusingan U-turn, untuk kembali ke kawasan kebakaran kerana kami tidak berpuas hati kerana gagal untuk menangkap gambar kereta bomba.

Setelah dapat menangkap gambar dari sudut sukar, kami pun bergerak untuk pulang. Dalam kebakaran itu, kereta Pokcik telah menjadi mangsa dan terbakar. Pokcik pun sangat bersedih dan runsing tidak tahu hendak buat apa. Lantas kerajaan negeri Selangor atas dasar prihatin terus memberi Pokcik sebiji kereta bomba sebagai ganti rugi kebakaran, semoga dapat meringankan beban Pokcik. Pokcik pun mula tersenyum. Akan tetapi, senyum itu tidak lama.. Setelah siasatan terperinci dibuat, ternyata kawasan kebakaran itu bukan di bawah naungan negeri Selangor, tetapi adalah di bawah kuasa Wilayah Persekutuan. Lantas, kereta bomba pokcik terus dirampas oleh pihak bandaraya… hehehehehe

1 ulasan:

zue berkata...

Hi Hadi,

Hmmm..macam baca cepren pulak..very talented young man...I agree, cuma I'd like to alter it a bit...Hadi adalah Hadiah paling bermakna yang menerpa ke ruang lingkup kehidupan, dengan kuasa si mata pena, sikotak bijak, siblogger yang tak pernah lupa indahnya refleksi diri dan perkongsian minda dengan teman rakan taulan. wacaaaa:)