Rabu, 1 April 2009

Kalau berani, cuba lah lagi!

1 tahun yang lalu, jam 1.30pm

Petang itu, saya macam biasa, sedang bermalas-malasan di depan komputer... melayan gadis-gadis yang tidak beberapa dikenali dalam YM, mana lah tahu, ada yang sangkut nanti, boleh juga dilantik sebagai kekasih. Mulut pula asyik bersama menyanyikan lagu-lagu Radiohead yang berputar-putar berapa kali entah, saya pun tak tahu.

Ada juga gadis yang dikenali, turut tidak mahu terlepas peluang berYM dengan saya. Si Farah Cinonet. Bila sudah mula berbual, apa lagi, pelbagai dosa mengumpat pun terkumpul secara pesat. Sedar-tak sedar, sudah mula terasa bahang.. Adakah petanda dari neraka? Oh, saya terlupa membuka kipas rupanya.

Tiba-tiba satu mesej masuk. Dari Wan gamelan. Lalu berlangsunglah sesi bermesej-mesejan

"Bob, ko kat mana? Aku nak jumpa boleh?"

"Kat bilik. Meh la datang"

"Aku nak jumpa kat luar boleh? Ada hal sikit... Ada masalah besar.. Ko jgn bagitau sapa-sapa tau."

"Kenapa ko ni? Ok.. Ok.. Nak jumpa kat mana?"

"Aku tunggu ko kat MPH. Aku dah tak tau nak buat apa ni. Entahlah..."

"Ok.. Ok.. Aku turun sekarang. Kau sabar Wan.. otw nih!"

"Nanti dah sampai, msg aku ye.. Tapi, ko janji jangan bagitau sapa-sapa tau."

"Orait babeh, aku janji."

Tapi, sekejap saja janji itu dimungkiri. Sebagai superhero yang tidak beberapa hebat, saya terus bagitahu pada Farah melalui YM.

"Weh, aku kena turun, jumpa Wan. Dia kata ada masalah besar. Ko jangan bagitau sapa-sapa."

Ini adalah supaya saya ada perawi, penyambung cerita yang soheh jika ada apa-apa yang tidak diingini berlaku pada saya.

Dengan gerak kilat, saya pantas menyarung seluar dan baju, memadam komputer, dan membasahkan rambut. Rambut sempat didandan dengan jari. Ya, walau dalam keadaan cemas, penampilan diri juga tidak harus dilupakan. Baru lah ada keyakinan nak selamatkan keadaan.

Saya lantas keluar dari bilik. Saya keluar dengan tangan kosong. Hanya berbekalkan ilmu di dada. Deras menuju ke lif. Lif agak lambat pada hari itu. Saya mula menjadi kurang sabar, terus mengepal penumbuk untuk menumbuk butang lif. Baru sahaja ayun, lif pun sampai. Nasib baik sempat. Kalau tak, habislah lebam-lebam butang lif tu.

Sampai sahaja di bawah, saya terus berjalan kaki menuju ke MPH ( kini Dewan Sri Sarjana). Saya ingin naik motor pada mulanya, tapi memandangkan saya tiada motor, saya terus mempercepatkan langkah kaki saya. Mungkin kerana semangat yang berkobar-kobar, atau risau dengan keadaan Wan, sekejap sahaja saya sampai ke MPH. Wan masih tidak kelihatan. Saya yang memang agak risau dan kurang sabar, terus menelefon Wan.

"Wan, mana ko? Aku dah kat MPH ni"

"Kau dah sampai ke, kejap.. kejap.. aku baru nak sampai."

Suara Wan kedengaran perlahan, tersekat-sekat dan agak syahdu.

Pelbagai situasi bermain-main di fikiran saya. Apa hal si Wan ni? Bergaduh? Kena cari dengan ceti haram? Kena tipu? Kena perkosa? Kematian keluarga, atau sanak saudara? Ditinggalkan kekasih? Kekasih meninggal? HIV positif? Kena lempang dengan Ustad?

Kerisauan saya semakin berkembang. Tapi, sebagai superhero, saya perlu sentiasa kelihatan bertenang dan bergaya. Jari kembali menolak-nolak rambut yang masih basah supaya gaya tidak berubah. Ayat-ayat motivasi mula diatur, bersedia untuk melahirkan kata-kata semangat dan nasihat-nasihat dewasa. Langkah-langkah tempur jalanan juga dipraktikkan kembali, supaya tidak kekok jika perlu bergaduh nanti.

Akhirnya, Wan muncul dengan Satria biru nya.

Saya dengan langkah yang masih bertenang, menuju ke kereta, dan terus masuk di sebelah pemandu. Wan hanya diam, memandang hadapan. Wajahnya tiada reaksi. Bersuara pun tidak. Saya mula bersuara.

"Kenapa Wan?" Suara saya dengan nada serendah habis. Sesuai dengan suasana muram itu.

"Kita cerita tempat lain boleh?" Suara Wan tersekat-sekat. Macam nak nangis.

"Ok, jom."

Wan terus bergerak meninggalkan MPH. Saya hanya menurut.

"Sebenarnya... Sebenarnya... Sebenarnya Bob..." Wan bersuara syahdu.

"Kenapa Wan?" Saya bersabar, menanti jawapan.

"Aku sedih sangat ni........." Wan bercakap terhenti-henti.

"Kenapa ni Wan?" Saya masih sabar... Rasanya...

"Sebenarnya......................." Wan kejap cakap, kejap diam...

"Kenapa? Cerita je..." Saya sudah mula hilang sabar, tapi masih mengawal nada.

"Sebenarnya........................"

"APRIL FOOL!"

"Aku nak ajak ko makan je! HAHAHAHAHAHA!"

Wan tergelak terbahak-bahak..

"Bedebah kau! Hilang semangat aku!" Saya menjerit dengan sebelah tangan mencekik leher Wan, dan sebelah lagi melancarkan jurus Gaban Z belah lapan!

Hampeh!


5 ulasan:

HBM Consultant berkata...

Hampehs.com betul la.. Buat bederau darah aje..

Bittersweet Love berkata...

bob, ni last year nye april fool kan?

this year terkena lg x?

abdul hadi berkata...

oh, tahun ni takde, aku lebih berhati-hati.. daru pukul 11 malam 31hb tu, aku dah berwaspada.. buat muka ketat je.. hahaha

Bittersweet Love berkata...

ahahaha! :P

mengambil langkah berjaga2.

liLYMu berkata...

hahahahahahahaha.. mc ko x atu jer si wan tu.. dia kan memamng begitu...