Setelah umur saya sudah mencecah 25 ++ tahun, malam tadi adalah pertama kalinya saya makan sebuah makanan yang bernama "Fish N Chips". Saya makan di markas western food utama kami di Kampung Baru. Selalunya saya lebih cenderung untuk makan benda-benda berasaskan ayam dan mamalia sahaja. Saya takut untuk mencuba "Fish N Chips" kerana risau tidak sedap dan tidak puas makan. Tetapi, malam tadi, tatkala semua rakan-rakan lain menempah "Lamb Chop", saya menongkah arus dengan menempah "Fish N Chips". Rupanya enaknya boleh tahan. Kenyang pula tu. Menyesal pula saya menempah sampingan sepiring kentang goreng. Saya pulang dengan tanpa ruang kosong di rongga gastros saya. Sehinggakan saya tidak boleh meniarap untuk menaip.
Malam tadi juga adalah pertama kalinya saya makan sebuah benda bernama "Calci Yum". Berperisa anggur pula tu. Terima kasih Azhar yang memberikan pengalaman pertama "Calci Yum" saya. hehehehehe
2 ulasan:
kampung la bob..
xpenah makan fish n chip..n calciyum.. haih!! jakun!!
sonoknyer ngate bob!!
jangan cakap bob kampung mas..tapi die datang dari kampung,tu die order fish n chip atau orang kampung panggil ikan dan kentang hahaha
Catat Ulasan