Setelah selesai majlis baca yasin dan solat Isya’ di surau Jalan Sepakat, saya bergegas turun dan kerana ingin pulang ke rumah. Saya tidak singgah dahulu ke dewan surau untuk menjamu jamuan yang sedia ada. Biarlah hidangan itu dihabiskan oleh budak-budak yang tengah ramai pasal cuti sekolah ni.
Hampir je keluar dari pagar surau, tiba-tiba terdengar satu suara...
“Bob! Bob!” memanggil dari arah tenggara.
Saya pun agak pelik, kerana dalam radius kawasan Jalan Sepakat itu, tiada orang pernah panggil saya dengan nama ‘Bob’. Nama itu hanya digunapakai oleh kawan-kawan yang mengenali saya selepas tahun 2002 sahaja.
“Oi Bob, ko tak nak makan dulu ke?”
Setelah menoleh ke arah tenggara, baru saya dapat lihat seorang pakcik yang kelihatan masih segak bertenggek atas motornya. Seorang pakcik yang dimitoskan umum sebagai seorang yang kuat bercerita dan berkebolehan bercerita tanpa henti.
“Malas lah, saya kenyang lagi..” Jawab saya dan memaling semula untuk meneruskan langkah pulang.
“Weh, ko ni tengah praktikal lagi ke Bob?” beliau menyoal kembali sambil mengayuh motorsikal beliau dengan kaki, perlahan-lahan merapati saya. Saya pun menghentikan langkah dan membiarkan pakcik itu rapat.
“Ko praktikal mana sekarang ni Bob?” soalan tadi dirubah sedikit, mungkin untuk menghilangkan rasa bosan bertanya..
“Saya kat Danau Kota lagi..” Saya jawab begitu, kerana rasanya saya sudah beritahu beliau jawapan itu sebulan yang lalu.
“Ohh.. anak sedara Pakcik yang sama belajar dengan ko tu, dia praktikal dekat Cyberjaya sana.. dia praktikal dekat ada tempat yang terkenal tu, dia tu TNB yang sponsor.. dia pun macam kau jugak, bulan 11 ni habis belajar, dia tu bagus..” cerita Pakcik itu semakin melebar dan saya pun melayan dengan anggukan kepala dan perkataan ‘oh..’ sekali sekala.
“Jom balik sama..!” ajak Pakcik itu.
“Takpe lah Pakcik, saya jalan kaki je...” saya menolak dengan sopan, kerana takut derhaka kepada orang tua. Saya memang malas untuk membonceng dengan orang yang tidak biasa. Saya juga malas kerana saya sedang memakai kain pelekat. Saya risau nanti terselak kain saya sehingga ternampak peha saya yang gebu dan menggiurkan. Saya tidak mahu dituduh sebagai penyumbangleweng dan gemar menayang tubuh di khalayak ramai.
“Ye lah, maksud Pakcik, ko jalan je lah kaki, Pakcik bawak motor perlahan2 sebelah ko, boleh berjalan sambil berborak..” Lorr.. Begitu rupanya.. Saya pun menurut sahaja dan jalan seiringan dengan Pakcik itu. Perjalanan diteruskan dengan proses penceritaan yang makin melebar.
“Anak sedara Pakcik tu, dia praktikal kat tempat yang terkenal.. bagus tempat tu, dia tu TNB yang sponsor, nanti bila habis belajar, mesti dia dapat kerja dengan TNB. Kakak dia pun ada sorang dulu TNB sponsor. Sekarang ni dia dah kerja dah. Gaji kakak dia pulak starting je dah RM2,800. Dulu kakak dia tu dapat tempat kerja lain, tapi dia dah dapat kerja yang ni dulu, gaji dia pun mula je dah RM2,800.” Cerita Pakcik itu dengan ada fakta yang berulang dan sebutan suku kata yang agak laju. Saya masih mendengar dengan setia, sambil berjalan beriringan.
“Adik dia pulak, yang baru lepas SPM tu, dapat 13 A. Semua strait A. Dia tu dah dapat tawaran pergi USA. Nak amik engineering. Mula2 TNB jugak sponsor dia, tapi lepas tu MARA beli dia. Dia tu nak jadi doktor pun boleh. Semua dia skor. Habis semua 13 subjek dapat A. Tapi dia nak amik engineering jugak. Adik dia tu memang pandai.. Dia sekolah swasta dulu. Dia tak masuk sekolah biasa ni. Dia belajar dekat sekolah swasta sana tu.” Gaya penceritaan Pakcik itu masih sama, Cuma watak cerita sudah bertambah. Kami juga sudah sampai ke simpang jalan untuk masuk ke arah rumah saya.
Saya pula tergatal mulut dengan bersuara
“Sekolah mana tu?”
Dengan tiba-tiba, dia berhenti. Bukan berhenti bercerita, tetapi berhenti barjalan. Ini adalah kerana sepatutnya kami berpisah di simpang itu. Tapi, dia berhenti untuk teruskan ceritanya kepada saya.
“Sekolah swasta dia dekat jalan nak pergi Genting tu, Sekolah tu mahal.. tiap2 tahun mau cecah RM20,000 yuran dia. Sekolah tu bagus, ada class.. Cikgu-cikgu dia semuanya grad luar negara. Kalau setakat cikgu maktab ni diorang tak terima. Diorang kat sekolah tu belajar office hour. Dari pukul 8 sampai 4. Diorang tu baju seragam pun lain... Semua sekolah yang sediakan.. Sekolah tu takde kantin cikai-cikai macam sekolah biasa. Sekolah tu pun dia security bagus.. Orang luar tak boleh masuk senang-senang. Takut kena culik, maklum laa, situ semua anak orang kaya-kaya. Masa dia belajar dulu, Pakcik selalu jugak melawat dia. Dalam sekolah tu pulak, semua kena cakap English, kalau cakap Melayu ni tak boleh, diorang tak layan....”
Aduh, ketika itu perut saya mula lapar. Menyesal pula saya tak makan dahulu di surau tadi. Budak-budak yang makan dahulu di surau pun sudah mula tiba di rumah mereka masing-masing. Saya masih berdiri di simpang jalan mendengar cerita yang tidak dapat dipastikan kesahihannya. Sudah terbayang pula laksa emak yang menanti di dapur. Harap-harap Halim dan Hawa tak habiskan semua. Akhirnya saya nekad..
“Pakcik.. saya kena balik dulu ni, Assalamualaikum” Saya menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Dengan terpinga-pinga, Pakcik itu menyambut salam. Dan dalam sekelip mata, saya sudah masuk dalam rumah dan menyedut laksa.. ternyata kebolehan Pakcik tadi bukan mitos semata-mata. hehehehe

2 ulasan:
sekolah kat genting tu memang best...pas belajar leh gi men judi hahahaha
"Saya risau nanti terselak kain saya sehingga ternampak peha saya yang gebu dan menggiurkan"
Teringat pula yun first time nampak hadi n the gang pakai kain pelekat kat mph..hehe
Catat Ulasan