Sabtu, 7 Jun 2008

Semalam yang Melayu di Kampung Baru



Malam ini, saya tidur di rumah Pokcik di Teratai Mewah. Pada kertas kerja awalnya kami ingin menyiapkan buku laporan praktikal kami. Apabila sampai sahaja di rumah Pokcik, Sheikh dengan tersenyum memberitahu bahawa beliau sudah siap memuat turun 4 filem-filem yang menarik.


Sampai sahaja, saya terus memasang komputer saya untuk terus bermain internet. Pokcik dan Sheikh pula teruja untuk menonton filem animasi ‘Horton Hears a Who!’. Saya pun asyik bermain internet sehingga sampai waktu senja. Kami sudah ada perjanjian untuk makan di Kampung Baru malam itu. Kami menanti Pak Yad siap, dan menunggu untuk merasakan naik kereta baru beliau. Sempat juga saya termenung di balkoni, menikmati horizon senja sambil menanti masuk waktu Maghrib.




Ketika asyik menulis untuk kemasukan blog semalam, Pak Yad pun menelefon Sheikh untuk kami lekas turun. Dengan pantas, kami siap memakai pakaian dan saya pun mengemaskini blog dengan tergesa-gesa. Sesudah itu, kami pun turun bersama-sama menaiki lif.


Dalam lif, kami kasihan melihat seorang makcik tua yag terpaksa mengawal 5 orang cucu yang lasak dalam lif. Kejap tekan sana, kejap tekan sini... melanggar-langgar orag lain dalam lif. Saya agak gelihati melihat telatah anak-anak lincah itu. Budak-budak itu juga terlalu ramah dan mengur-sapa kami. Tetapi, mereka terlalu lasak, dan agak susah dikawal nenek mereka. Sampai tingkat 5, keluarga makcik itu pun turun. Kami meneruskan perjalanan ke tingkat bawah


“Tak lama lagi, boleh mati makcik tu” kata Pokcik setelah makcik itu keluar. Mungkin anak-anak makcik itu ingin lepas tangan, dan menghantar anak-anak mereka ke rumah ibu pada musim cuti sekolah. Sampai sahaja di bawah, Pak Yad sudah sedia di hadapan lif dengan bergayanya. Lantas kami melajukan langkah tanpa banyak songeh lagi.


Kami menaiki kereta Pak Yad meluncur dengan cermat menuju Kampung Baru. Ternyata walaupun Pak Yad seorang yang gagah perkasa, tetapi beliau adalah antara pemandu paling cermat dan berhemah dalam sejarah hidup saya. Ini membuatkan saya rasa selamat dan damai. Perjalanan kami malam itu mengumpulkan 4 sahabat yang berlainan fahaman dan ideologi, tetapi masih akrab. Seorang ultra nasionalis pro kerajaan. Seorang liberal demokratik. Seorang anarkis pro Islamik dan pembangkang. Seorang lagi pesara anarkis non partisan pro pembangkang.


Sampai sahaja di Kampung Baru, agak sukar untuk kami mencari parking dekat dengan kawasan tempat kami ingin makan. Kampung baru agak penuh dengan manusia-manusia berkenderaan. Hampir kesemua yang bersusun di jalanraya Kampung Baru itu adalah orang Melayu. Memang agak sesak malam itu. Mungkin mereka semua mempunyai niat murni untuk makan seperti kami Mungkin juga mereka kebosanan kerana tiada lagi siri AF untuk ditonton di rumah. Nasib baik bukan malam minggu.


Setelah puas kereta Pak Yad mengesot-ngesot, akhirnya kami berjaya mendapat parking di hadapan sebuah kedai serbaguna D-LIMA. Sebuah kedai Melayu yang beroperasi sama seperti kedai 24jam 7-11 yang terletak dihadapan kawasan Nasi Lemak Antarabangsa. Ternyata di Kampung Baru, persaudaraan sesama bangsa masih kuat. Seorang penjaja gerai telah menolong kami menunjuk arah untuk parking dalam kesibukan jalanraya. Walaupun kami tidak pernah saling mengenali.


Setelah parking, kami terpaksa berjalan agak jauh. Sepanjang perjalanan, kami berbicara tentang sejarah Kampung Baru, suasana Kampung Baru, komuniti Kampung Baru.... Itulah sahaja satu-satunya kawasan Kampung Melayu yang masih gagah kekal di tengah-tengah kota yang pesat membangun. Kami semua berharap agar Kampung Baru terus kekal sebagai warisan. Perjalanan diteruskan dengan Pak Yad yang kekaguman kerana beliau yang walaupun ultra nasionalis, tetapi tidak pernah masuk ke Kampung Baru.




Akhirnya kami pun tiba ke destinasi. Sebuah steak house sederet dengan Masjid Kampung Baru. Walaupun kami makan lamb chop malam itu, tetapi jatidiri kami masih Melayu... Sambil mengunyah lambchop yang mengecurliurkan itu, kami berbbicara lagi tentang masalah negara dan dilema bangsa yang meruncing sekarang. Bermula dengan kenaikan harga minyak yang mengejut dan mendadak, sehinggalah kesilapan pemimpin-pemimpin negara, dari sebelum merdeka, sehinggalah zaman akan datang. Ini termasuklah cerita mengenai kisah pensyarah UKM yang ingin menuntut hak kesultanan Pahang. Tiba-tiba terniat oleh Pokcik untuk menuntut takhta kesultanan Pasir Mas, daerah kelahiran beliau. Kami bertiga sudah mula berangan-angan untuk menjadi pembesar-pembesar daerah Pokcik itu... Kami semua terus berbual sambil menghisap rokok. Memandangkan hanya saya seorang yang tidak merokok, saya menghabiskan kentang goreng dan roti berseorangan.




Setelah perut dan paru-paru kami sarat, kami pun mula melangkah keluar dari restoran untuk pulang. Dalam jam 11.30, kami mula bergerak keluar dari Kampung Baru. Pada mulanya kami ingat ingin merayau-rayau sekitar Jalan Chow Kit untuk melihat telatah pelacur atau mak nyah, tetapi kami teringat 4 filem Jet Li yang sedang dimuat turun di rumah. Kami pun membeli kacang dan minuman untuk dilayan sambil menonton.

Ketika sampai di lampu trafik kami terlihat satu pohon besar yang menakutkan, tetapi tidak ditebang berhampiran monorail Jalan Chow Kit.

“Pokok ni mesti ada hantu... pasal tu tak tebang” kata Pokcik.

“Mana... Kat KL ni, hantu yang takut kalau tengok manusia!” bidas Sheikh..

Kami ketawa, dan terus pulang ke Setapak.. hehehehehe

3 ulasan:

Miss Teru berkata...

pokcik tu ade je ek.. he he he..

Rizdiahk Nahraf berkata...

aik..tiada ulasan Pramlee..haha

abdul hadi berkata...

eleh jeles la tu.. hahahaha