Malam semalam, kesemua adik-beradik saya beserta sepupu saya Nazeerah telah menghabiskan masa kualiti bersama-sama merayau dan membeli-belah di bazaria larut malam di Danau
Akibatnya, hari Sabtu itu, saya bangun agak lewat dari Sabtu-Sabtu yang biasa. Matahari sudah hampir terpacak, saya masih lagi menggosok-gosok mata dan mula keluar dari bilik untuk menonton televisyen. Jam sudah menunjukkan jam 11.00am. Saya mula mengintai apa-apa yang menarik untuk dikunyah di atas meja. Setelah mata saya mula hilang kabur, baru saya teringat tentang jemputan Hazman untuk menonton ‘Finale Wind Orchestra 2008’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Sabtu itu, bersamaan 21 Jun 2008.
Dengan masih tidak menggosok gigi, saya mula menghantar SMS pada Zul.
“Dah bangun?” – Hadi.
“Dah, nak pergi kul baper?” - Zul.
“Kalo kul 1, sempat x sampai kul 2?” – Hadi.
“Sempat je.. dah msg Pokcik?” – Zul.
“Nanti 12.00 aku msg dia. Ni, kira gerak kul 1 lah ni?” – Hadi.
“Yup. Kul 12.45 aku sampai umah ko..” – Zul.
“Orait babeh” – Hadi.
Saya mula mencari pakaian yang sesuai. Maklumlah, saya bukannya seorang yang selalu berpakaian kemas. Oleh kerana tiada pakaian lain yang menarik, saya memilih untuk memakai kemeja hitam saya. Setelah menjumpai pakaian, saya mula menanggalkan pakaian dan pergi ke bilik mandi di belakang, sambil bersiul-siul tanpa bunyi, kerana saya tidak reti bersiul.
Siap sahaja mandi, saya pun mula mengenakan pakaian yang telah dipilih tadi. Kemeja hitam, seluar slack hitam, boxer hitam, stokin hitam... Alamak, serba hitam lah pula. Terasa seperti berkabung pula. Saya ingin memakai kasut ‘Adidas Superstar’ putih saya, tetapi, kelihatan terlalu menonjol pula. Terasa seperti mamat hip-hop dalam video klip Alicia Keys pula nanti. Saya memilih untuk memakai kasut kulit hitam sahaja. Biarlah berpada-pada. Sambil menanti Zul, saya sempat makan 2 bungkus nasi lemak, solat Zuhur, dan juga menyisir rambut.. Punya lah lambat budak Zul ni. Akhirnya Zul muncul juga pada jam 1.45pm. Tepat satu jam dari waktu yang dijanjikan.
“Jalan jem teruk nak masuk Gombak... Siyut betul! Ntah hapa ntah!!”
Zul bersungguh-sungguh
“Weh, korang kat mana? Aku tengah cari parking ni. Banyak sangat la kereta.” Faris sudah mula menelefon saya.
“Aku tengah amik Pokcik ni.” Saya jawab dengan risau akan dimarah.
“Amik Pokcik kat mana?”
“Kat Teratai Mewah.”
“Mana?!”
“Gombak lagi”
“Hangguk ko! Kat nak jumpa kul 2.00! hahahahaha”
Faris marah sambil ketawa. Mungkin dia ketawa kerana tekanan perasaan yang melampau. Zul sudah mula risau, kerana dia takut dipersalahkan atas kesalahannya.
“Ok lah! Nanti ko dah sampai, mesej aku! Nanti aku cari Man dulu.” – Faris.
“Orait babeh.” – Hadi.
Kami terus memacu deras ke arah Putrajaya melalui lebuhraya MRRII. Zul pada mulanya ingin mengikut lebuhraya KL – Putrajaya, tetapi dia tidak jumpa jalan itu. Sepanjang perjalanan, Zul kerisauan dan cemas kerana saya asyik menjawab SMS dengan kedua-dua telefon saya. Dia sangkakan saya sedang menerima SMS kemarahan dari Faris dan juga Hazman. Sebenarnya saya sedang sibuk ber SMS dengan kawan-kawan lain.
Kami sampai di PICC pada jam 2.45pm. Sudah lewat 45 minit dari perjanjian asal. Kami terus mencari Faris. Di dalam kesibukan mencari Faris, saya sempat kagum dengan keunikan dan kecantikan serta kecanggihan PICC. Agak banyak perkataan ‘wow’ keluar dari mulut becok saya. Akhirnya kami pun berjumpa Faris yang menanti bersendirian di kaki eskelator. Baru lah saya tahu yang Hazman juga tak kunjung tiba lagi. Faris, seperti biasa, sudah siap bersenjatakan kamera digital SLR nya, tersengih-sengih sambil menangkap gambar kami dan juga gadis-gadis yang ada di
Setelah 12 minit menanti, akhirnya Hazman muncul bersama seorang kawnnya. Hazman yang agak lama tidak saya ketemu sudahberambut pendek ala Mawi, datang dengan bertali leher dan juga memakai jaket kot. Rupa-rupanya kehadiran kami hari itu adalah atas tiket alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), sekolah Hazman dahulu. Jadi, kiranya secara tidak rasmi, kami adalah ahli MCOBA pada hari itu. Sebagai jemputan alumni, kami terpaksa masuk melalui pintu di tingkat teratas sekali. Melangkah sahaja masuk, tiba-tiba terdengar satu pengumuman.
“Mengumumkan, ketibaan Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, bersama isteri... bla.. bla... bla...”
Saya pada mulanya menyangkakan mereka tersalah orang, menganggap saya sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi rupa-rupanya kami telah masuk serentak dengan kemasukan Najib bersama isteri di tingkat bawah.
Kami terus mencari tempat duduk alumni MCKK di dalam dewan. Tetapi malangnya, tempat duduk rizab itu sudah penuh. Jadi kami memilih untuk duduk di tempat duduk ibu-bapa. Kami agak beruntung kerana dapat duduk sebaris dalam dewan itu. Dewan itu agak penuh sehinggakan ada yang terpaksa duduk di tangga.
Kesengitan pertandingan akhir petang itu ternyata pada tahap super saiya di mana kelima-lima finalis amat lah hebat-hebat belaka. Saya yang memang selalunya berperangai kekampungan menikmati muzik-muzik yang dipertandingkan petang itu dengan penuh kagum. Sebagai pecinta muzik, saya tidak banyak bising sepanjang pertandingan dijalankan.
Sehinggalah pada pertengahan persembahan sekolah yang terakhir, kami di minta beralih dari tempat duduk kami oleh petugas di situ. Secara tiba-tiba, tempat duduk kami yang begitu selesa sudah bertukar menjadi tempat duduk rizab untuk peserta pertandingan. Kami sebagai rakyat yang bertamadun mula bangun untuk beralih tempat. Kami juga tidak ingkar dengan arahan kerana petugas yang mengarahkan kami itu agak cantik dan manis orangnya. Kami rela duduk di tangga dewan sahaja selepas itu.
Setelah tamat pertandingan, terdapat beberapa persembahan selingan dipentaskan seperti tarian dan juga nyanyian bagi memberi masa kepada juri untuk menghakimi keputusan. Saya memilih untuk merayau-rayau. Sempat juga kami melihat pemandangan selayang pandang dari dewan yang terletak betul-betul di atas bukit itu.
Kemudian, seperti biasa, apabila pergi ke tempat yang tak pernah pergi, saya mesti singgah ke tandasnya. Zul, seperti biasa, tidak mahu ketinggalan merayau-rayau bersama saya di dalam tandas.
Setelah itu, kami kembali masuk ke dalam dewan untuk mendengar keputusan. Hazman agak kecewa kerana MCKK tidak menang pada petang itu. Akan tetapi, bagi kami, tiada apa yang boleh dimalukan dengan kekalahan petang itu kerana semua pasukan hebat-hebat belaka. Setelah semuanya selesai, Hazman memperkenalkan kami kepada guru muziknya yang banyak mendidik Hazman sehingga dia menjadi salah seorang penagih muzik yang lebih tegar dari saya. Setelah itu, kami pun beransur diri, kerana perut kami masing-masing sudah lapar.
Saya, Pokcik dan Zul turun dahulu kerana Faris masih leka mengambil gambar dan Hazman masih sibuk berbual-bual dengan junior-junior sekolahnya. Kami menanti mereka di dalam ‘taman dalam bangunan’ yang agak unik. Akan tetapi, lepak dalam taman itu, munculnya perasaan seperti haiwan di zoo kerana orang yang lalu lalang akan melihat kami dalam kaca.
Setelah Faris puas menangkap gambar, kami pun bergerak meninggalkan Hazman untuk makan di Alamanda Putrajaya kerana rasa lapar yang tidak dapat dibendung lagi. Sampai sahaja di Alamanda, kami terus makan tanpa memikirkan Hazman yang datang tiba apabila kami selesai makan. Setelah selesai makan, kami mengambil kesempatan merayau-rayau dalam alamanda sebelum bertolak pulang ke
Itu sahaja? Nantikan kesinambungannya.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan