Jumaat, 30 Mei 2008

Gadis dan Gagak


Setelah selesai makan tengahari di port biasa kami, saya seperti biasa menyandar, memerhati alam sekeliling sambul tersenyum manis. Kami membuang masa agak lama tengahari itu berikutan hujan yang turun agak lebat. Memang sangat lebat sehingga berbuih2 lantai medan selera itu. Biarlah hujan itu turun dengan penuh rahmat agar boleh mendinginkan tanah bumi ini...

Ketika sedanga asyik menyandar, tiba2 muncul seekor kucing liar menghampiri kaki Zul, merenung sayu seperti mengaharapkan sesuatu. Zul terus berasa kasihan dan timbul niat di hatinya untuk menghulurkan secebis makanan kepada kucing itu. Tapi, malang sekali, niat yang suci itu sebenarnya terselindung unsur kejahatan yang membusuk, seperti membusuknya mayat Kurt Cobain di neraka gamaknya. Ada ke patut dia nak bagi kucing tu makan ikan masin yang masinnya sahaja boleh membuatkan lidah manusia mengering seperti ikan kering. Itu manusia yang berlidah tebal, apakan pula kucing yang lidahnya hanya sekelumit itu? Katanya, nak cuba tengok apa jadi dekat kucing tu bila dia makan... Lantas saya pun menghulurkan saki baki ikan goreng yang Pokcik tak habiskan kepada Zul untuk diberi kepada kucing. Bukan untuk Zul makan sendiri.


Melihat sikap terencat Zul dan kesayuan kucing itu, ditambah pula dengan aroma hujan yang menenangkan, saraf2 neuron saya tiba2 seperti terkena sentuhan listrik, mengalirkan darah menerobos ruang2 memori yang sudah lama tidak terusik dalam otak separa genius saya. Tiba2 memori saya kembali pada bulan Ramadhan, tahun 2005. Waktu itu saya masih baru sahaja berhenti kerja dan masih belum masuk Uniten, dan masih tak tahu apa itu gamelan..


Hari itu, saya meneman ayah saya menghantar kucing kami ke hospital haiwan kerajaan di Ampang. Kucing saya hancur tulang pehanya kerana dilenyek oleh van ayah saya sendiri, secara tidak sengaja. Kucing itu perlu dibedah dan dimasukkan besi. Oleh kerana ayah saya pesara veterinar, jadi kerja2 pembedahan itu prosesnya menjadi agak mudah dan cepat. Ayah saya juga terbabti dengan pembedahan itu. Saya? Oh.. saya hanya merayau2 menghabiskan tenaga meronda dalam hospital itu. Ternyata, merayau dalam hospital haiwan tidaklah sama seronok dengan merayau dalam hospital manusia kerana tiada jururawat2 yang manis2 untuk dilemparkan senyuman manis.


Setelah selesai pembedahan, saya pun mengikut ayah saya dengan membawa kucing kami ke van ayah untuk pulang. Ketika kami sampai sahaja di perkarangan parking kereta, saya ternampak seorang gadis Cina sedang terpinga-pinga de pintu keretanya yang diparking berhampiran dengan van kami. Gadis Cina yang bertubuh ramping, berkemeja warna cerah, skirt kelabu paras peha, rambut lurus hitam yang panjang, bergaya eksekutif muda dan wajah putihnya kemerah-merahan kerana terjemur bawah terik mentari. Nyaris kurang pahala puasa saya kerana asyik memandang gadis itu. Gadis itu seperti sedang berusaha untuk mengeluarkan sesuatu dari keretanya. Tiba2 gadis itu melontarkan suara merdunya ke arah kami.


“Encik, boleh tolong saya sekejap kah?” wah, agak merdu suaranya walaupun agak perlahan..


“Ye? Kenapa?” ternyata... ayah saya lebih romeo dan heroic dari saya. Ayah sudah mendahului saya mendekati gadis itu. Saya hanya menyusul kemudian setelah memasukkan kucing kami ke dalam van.


“Ini, tadi masa dekat traffic light, saya nampak burung ni kena langgar.. Saya pun berhenti, ambil burung ni. Kesian, dia sudah tak boleh terbang..” ujar gadis itu.


“Mana burung tu?” ayah saya bertanya kembali. Saya pula asyik mengawal pernafasan mengontrol kacak.


“Ini, burung gagak ni, ada dekat tempat kaki ni, saya nak cuba angkat, Tapi dia sudah mula patuk2”..... kata gadis itu sambil menunjukkan burung gagak yang terduduk di tempat letak kaki.


Agak terkejut saya melihat burung itu sebenarnya burung gagak yang selalunya dianggap musuh terutamannya oleh dewan bandaraya dan juga majlis-majlis perbandaran. Malah siap ada ganjaran jika kita berjaya membunuh binatang itu.


“Wah, burung gagak pun you tolong ke?” Ayah bertanya sambil mengangkat gagak itu keluar dari kereta dan menyelubunginya dengan kain supaya gagak itu tidak melawan.


“Hmm.. saya kesian lah, mesti dia sakit. Walaupun ini gagak, tapi dia tetap ada nyawa kan? Tapi, agak-agak, hospital ni terima ka gagak? Lagipun, kerajaan bunuh gagak macam ni kan?” Gadis itu menjelas sambil bertanya.


“Tak tau lah, kita cuba je hantar..” ayah pun pergi bersama dengan gadis itu untuk mendaftar masuk gagak itu ke hospital haiwan.


Saya? Hmm.. saya hanya melangok menanti di van kerana kucing kami ada dalam van itu. Tak dapat ikut masuk.. hehehehe


Setelah siap daftar, ayah pun kembali ke van meninggalkan gadis itu bersama gagaknya di hospital itu... Peristiwa itu memang menyentuh hati sanubari saya. Gadis cina itu sanggup bersusah-payah membawa gagak yang biasanya dicemuh atau ditembak sahaja jika terjumpa.. membawanya untuk dirawat di hospital pula tu. Itulah nilai kemanusiaan yang amat jarang dapat saya lihat depan mata saya. Bagi gadis itu, nyawa tetap nyawa, tanpa mengira bentuk dan jenis pemegang nyawa itu. Dah lah baik, cantik pula tu.. hehehehehehe

3 ulasan:

Ahmad Khairi Anuar berkata...

susah beb nak jmpe org camtu ... kite sniri pon buat tak tau jek .. ini kan pula amoi cantik ..

abdul hadi berkata...

tu la peng, aku ingat nak pinang dia, tapi tak sempat.. ahahah

syun berkata...

Touching-nye
Memang x sangka..ade orang yg akan tolong gagak