Isnin, 23 Jun 2008

Bazaria Larut Malam Jumaat Klewon

Hari Khamis malam Jumaat itu, saya mendapat dua kegembiaraan berturut-turut dalam satu malam. Kegembiraan pertama tercetus apabila saya pulang dari surau selepas Isyak. Ketika berjalan pulang beriringan bersama Hawa, adik bongsu saya, saya sudah menjangkan akan menerima kegembiraan kerana dari susun atur bintang di langit, dan juga kadar kekembangan bulan pada malam itu.



Ketika sampai sahaja di muka jalan untuk masuk ke rumah saya, saya sudah mula ternampak kelibat budak-budak kecil sedang asyik bergilir-gilir bermain basikal di halaman rumah. Rupa-rupanya kelima-lima anak Kak Ina kesayangan saya sudah muncul dan datang ke rumah malam itu. Sungguh seronok saya kerana dapat melepaskan rindu kepada budak-budak itu. Saya mengambil peluang untuk melambung-lambung mereka bergilir-gilir dan menyakat mereka sehingga mereka hampir menangis.





Sedang asyik mengunyah makan malam, muncul lagi tetamu yang amat saya nanti-nantikan. Kemunculan sepasang kekasih merangkap sahabat baik saya, Amir dan Asrina adalah kegembiraan kedua bagi saya pada malam itu. Kedatangan Amir adalah tidak sah jika tidak diikuti dengan acara berjalan-jalan dan berfoya-foya. Tanpa menjemput mereka masuk, saya menghabiskan makan, cepat bersiap, dan terus keluar dengan penuh bergaya. Malam itu kami akan menghabiskan masa berfoya-foya dan merayau-rayau di Downtown Cheras. Kami memilih Downtown kerana Danau Kota memang diisytiharkan tutup pada setiap hari Khamis.



Sebelum meneruskan perjalanan ke Cheras, kami pergi dahulu di Teratai Mewah untuk mengambil Pokcik sebagai teman perayauan tetap kami. Zamir, rakan serumah Pokcik turut ikut serta kerana dia takut tinggal seorang diri di rumah. Kami singgah dahulu di Jalan Genting Klang untuk makan malam kerana Pokcik dan Zamir belum makan lagi. Saya, Amir dan Asrina hanya minum sahaja. Ternyata, air minuman yang kami minum pada malam itu terasa tidak sedap pelik. Kopi O saya terasa seperti air basuhan tangan kenduri. Setelah siap membayar dengan tidak ikhlas, kami terus meluncur deras menaiki Kancil super turbo Evo 8 Amir menuju ke arah Cheras.



Saya amat bersyukur pada malam itu, kerana kami selamat tiba di Downtown Cheras tanpa sedikit kesesatan pun. Agak pelik kerana selalunya, gabungan saya, Amir dan Pokcik selalunya akan menghasilkan kesesatan. Mungkin kerana terdapat aura Asrina yang menghapuskan aura kegelapan dan kesesatan kami. Lain kali, kalau kami berjalan lagi, kami pasti tidak akan lupa untuk menyeret Asrina sekali.



Sampai sahaja, kami memutuskan untuk merayau dengan cara ‘mengular’ dimana, dengan cara itu, setiap gerai dapat dilawati dengan menjimatkan masa. Amir giat mencari seluar baru, kerana beliau sudah mula kerja sebagai seorang fasilitator swasta. Tidak tersangka, Amir sudah memakai seluar bersaiz 42. Sedikit lagi Amir akan menyamai martabat saya dalam saiz pinggang. Sehinggakan sudah tidak relevan lagi bagi Amir untuk mengukur saiz seluar di lehernya. Setelah puas merayau, kami singgah di sebuah gerai yang menjual novel. Kami tertarik kerana terdapat beberapa novel-novel lama dan agak sukar didapati ada dijual disana. Pada mulanya saya ingin membeli novel ‘Mat Gong’ karya Malungun, akan tetapi, Pokcik sudah terlebih dahulu memintas saya dan membeli novel itu.





Kami juga sempat singgah di gerai yang menjual binatang-binatang peliharaan kerana Amir berminat untuk melihat hamster, tikus belanda, dan juga kucing comel bulat gebu kembang yang saiznya hanya besar sedikit dari tikus belanda.





Setelah puas merayau, kami menghantar Asrina pulang ke Ampang, dan diikuti dengan menghanta Pokcik dan Zamir pulang ke Teratai Mewah. Kemudian, Amir dan saya meneruskan perjalanan ke Gombak, mengikut jalan penuh nostalgia menerusi jalan bersebelahan dengan Sekolah Menengah Chong Hwa pada malam yang pekat. Kami mengimbas nostalgia lama sambil berbual dengan topik-topik rahsia. Hehehehehe...

2 ulasan:

Miss Teru berkata...

hehhh.. ko sudah present ek utk LI.. ko dpt cuti awal x?

abdul hadi berkata...

hahaha.. x dapat pun.. sama je..