Isnin, 30 Jun 2008

Bertemu lagenda hidup di Laman Santai.

Setelah puas merayau dalam kompleks Alamanda, kami pun berpisah dengan Hazman di tempat letak kereta. Kemudian, kami bergerak pulang mengikut arah masing-masing. Keluar sahaja dari wilayah Putrajaya, Kami mula berbual dalam perjalanan.


“Hmm, balik nanti singgah Mali’s nak? Aku mengidam kuey teow dia la”



Ujar Zul yang ternyata masih tidak puas dengan makan malam kami tadi. Ya, ternyata makan di medan selera selalunya tidak begitu memuaskan nafsu lapar kami yang membuak-buak.



“Eh, hari ni Sabtu kan?” Zul bersuara lagi.



“Ha-ah... Kenapa?” Saya bertanya kembali.



“Hari ni ada laman budaya lah, kat Istana Budaya... baru start ni, ada show artis, ada joget lambak selalunya... Jom pergi nak? Silap-silap ada makan free” Zul membuat satu penerangan yang agak terperinci.



“Ooooohh... ha-ah... tak silap aku malam ni ada orang baca sajak! Ntah-ntah A. Samad Said pun ada malam ni... OK gak tuh!” Ujar Pokcik menyokong pelawaan Zul.



“Hmm... OK gak...” Saya menjawab dengan separa malas, kerana saya agak letih sebenarnya dan jam sudah menunjukkan pukul 9.15pm.



Kereta Zul mula meluncur deras menuju Istana Budaya. Laman Santai adalah satu program oleh kerajaan di bawah KEKKWA untuk menyemarakkan dan merakyatkan seni. Saya bukanlah penyokong kerajaan, tetapi, sebagai pecinta seni dan makan, saya agak seronok dengan usaha ini.



Sampai sahaja di Istana Budaya, kami terpaksa parking di Balai Seni Lukis kerana kebanjiran umat manusia yang hadir untuk berhibur dan makan percuma pada malam itu. Kami tidak kisah berjalan agak jauh, walaupun masing-masing sudah letih. Semuanya demi seni dan makanan.




Sampai sahaja di Laman Santai, sudah terlihat kerumunan manusia beserta kemeriahan suasana memenuhi perkarangan Laman Santai di Istana Budaya itu. Ada seniman sedang melukis, ada penyanyi dan pemuzik di pentas, ada penjual hasil-hasil seni dan kraftangan, dan yang paling penting, ada gerai-gerai makanan percuma.




Antara makanan yang ada terhidang malam itu adalah nasi lemak, mee goreng, bihun sup, roti canai, roti bakar dan juga teh tarik sebagai minuman. Setiap makanan di gerai yang berasingan. Saya mula menerpa untuk mengambil nasi lemak dan teh tarik. Sedang kami mula mencari tempat duduk untuk menjamu selera, tiba-tiba Raja Azura, selaku salah seorang pengacara majlis malam itu, telah membuat satu pengumuman yang berjaya menghentikan perjalanan saya.



“Saya ingin menyampaikan terima kasih yang tidak terhingga kepada tetamu istimewa kami, Pak Aziz Sattar, Pak Sudin, Pak Kassim Masdor, Pak Zaini Sattar, Mak Zaiton, Mak Neng Yatimah, yang sanggup datang memeriahkan majlis malam ini...”



Wah! Ini sudah bagus... sudah lama saya kepingin untuk berjumpa dengan mereka. Tidak saya sangka dapat melihat mereka di depan mata saya, terutamanya Pak Sudin. Mata saya mula meliar sambil berjalan untuk mencari tempat duduk mereka. Mereka duduk di kawasan VIP yang berhampiran dengan pentas utama. Akibat ramai sangat orang, kami terpaksa duduk di tepi longkang untuk menjamu selera. Sambil menyudu nasi lemak, saya mula bersuara.



“Weh, kita tangkap gambar ngan Pak Sudin nak?” – Hadi.



“Boleh ke? Takde orang pun yang tangkap gambar dengan diorang...” – Pokcik.



“Boleh kot, jap lagi lepas makan, kita try dekat sikit” – Hadi.



Kami bergegas menuju ke hadapan apabila setelah selesai makan. Ketika itu, Pak Aziz sedang mempersembahkan sebuah lagu di pentas. Baru sahaja kami cuba merapati pentas, tiba-tiba penonton yang hadir dijemput untuk turut serta dengan joget lambak setelah Pak Aziz habis menyanyi. Apa lagi, kami yang malu-malu cempiang ni terus melarikan diri, pergi kembali ke gerai-gerai makanan.



“Cis! Diorang berjoget la pulak...” Ujar saya. “Takpe-takpe, kita makan lagi dulu.”



Saya ingin makan roti bakar pula, tetapi rupa-rupanya roti bakar tidak percuma. Lalu saya beralih pada roti canai. Zul turut makan roti canai bersama saya. Pokcik tinggal di hadapan pentas ketika kami makan. Apabila kami siap makan, Pokcik mula menghampiri kami.




“Macam tak boleh je... macam ada orang jaga diorang...” Pokcik mengeluh.



“Takpe, kita try dekat lagi jap lagi” Saya meyakinkan Pokcik lagi.



Kami meneruskan langkah ke gerai-gerai semula kerana Pokcik ingin makan mi gorang pula. Zul turut ambil sepiring walaupun dia sudah makan roti canai bersama saya. Boleh tahan juga pelahapnya. Saya hanya larat untuk ambil sebotol air mineral sahaja. Kali ini kami memilih tempat duduk yang agak berhampiran dengan kawasan meja tetamu. Pokcik dan Zul duduk sambil makan mi goreng. Saya hanya berdiri kerana resah untuk bergambar dengan Pak Sudin.



“Kita kena tangkap jugak gambar dengan diorang ni, ini je chance kita” Saya ibarat pemidato pula.


Pokcik hanya mengangguk tanda setuju sambil mulut berminyak mengunyah mi. Selesai sahaja mereka mengunyah, tanpa sempat mereka mengesat bibir, kami terus merapati tempat duduk VIP yang ada Pak Sudin. Kami sudah mula memikirkan taktik-taktik gerila untuk bergambar bersama mereka. Kami agak risau kerana ada pengawal keselamatan (mungkin polis) berpakaian preman menjaga mereka. Ini adalah kerana ada menteri dan senator yang akan datang pada malam itu.



Ketika kami sudah sedia dengan rancangan kamikaze kami, tiba-tiba Pak Aziz bergerak meninggal kan meja mereka. Saya, berbekalkan tubuh yang lebar, terus menahan beliau untuk bersalam dan bergambar.




Tetapi, kami masih tidak puas hati. Sasaran utama kami Pak Sudin. Saya memberanikan diri lagi. Cuba untuk rapat. Tiba-tiba, tanpa disangka, Pak Sudin juga bangkit dan meninggalkan meja mereka. Lagi sekali, ibarat penyamun, saya menghalang.



“Assalamualaikum Pak! Boleh kami bergambar?”



“Wa’alaikumsalam... Boleh, tapi Bapak nak buang air dulu.. Dah nak terkucil ni.. sekejap ya..” Pak Sudin membalas mesra.



Kami yang masih bersemangat dan berkobar-kobar, masih menanti sehingga Pak sudin keluar dari tandas. Apabila kami nampak sahaja beliau keluar dari bangunan Istana Budaya, Kami terus terjah Pak Sudin yang berehat di kawasan Parking. Ternyata Pak Sudin seorang yang peramah dan mudah mesra. Agak lama kami berbual dengan beliau. Saya agak terharu Pak Sudin masih ingat saya dan Pokcik pernah melambai kepadanya semasa kami bermain gamelan di Carrefour Mid Valley pada tahun lepas. Pak Sudin juga memberikan nombor telefon rumahnya pada kami, dan meminta kami singgah ke rumahnya, andai kata kami berkesempatan ke Singapura.





Setelah bersalam, kami pun mula meminta diri, walaupun masih banyak lagi persembahan yang berlangsung.



“Kalau kita mati malam ni pun takpe, Aku dah puas, dapat jumpa legend” Pokcik berkata sambil tersenyum...

Saya pula, sudah menjumpai cita-cita saya yang baru!


Apa Makna Nama? biar betul.. mak saya cakap lain...




What Abdul Hadi Means



You are usually the best at everything ... you strive for perfection.

You are confident, authoritative, and aggressive.

You have the classic "Type A" personality.



You are full of energy. You are spirited and boisterous.

You are bold and daring. You are willing to do some pretty outrageous things.

Your high energy sometimes gets you in trouble. You can have a pretty bad temper at times.



You are balanced, orderly, and organized. You like your ducks in a row.

You are powerful and competent, especially in the workplace.

People can see you as stubborn and headstrong. You definitely have a dominant personality.



You are a very lucky person. Things just always seem to go your way.

And because you're so lucky, you don't really have a lot of worries. You just hope for the best in life.

You're sometimes a little guilty of being greedy. Spread your luck around a little to people who need it.



You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.

You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.

Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.



You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.

Success comes rather easily for you... especially in business and academia.

Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person.











You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.

You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.

You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.

Jumaat, 27 Jun 2008

Orkes Angin Bahagian II

Malam semalam, kesemua adik-beradik saya beserta sepupu saya Nazeerah telah menghabiskan masa kualiti bersama-sama merayau dan membeli-belah di bazaria larut malam di Danau Kota. Selepas kami puas merayau, kami singgah untuk membungkus kuey teow di Jalan Malinja.



Akibatnya, hari Sabtu itu, saya bangun agak lewat dari Sabtu-Sabtu yang biasa. Matahari sudah hampir terpacak, saya masih lagi menggosok-gosok mata dan mula keluar dari bilik untuk menonton televisyen. Jam sudah menunjukkan jam 11.00am. Saya mula mengintai apa-apa yang menarik untuk dikunyah di atas meja. Setelah mata saya mula hilang kabur, baru saya teringat tentang jemputan Hazman untuk menonton ‘Finale Wind Orchestra 2008’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Sabtu itu, bersamaan 21 Jun 2008.



Dengan masih tidak menggosok gigi, saya mula menghantar SMS pada Zul.



“Dah bangun?” – Hadi.



“Dah, nak pergi kul baper?” - Zul.



“Kalo kul 1, sempat x sampai kul 2?” – Hadi.



“Sempat je.. dah msg Pokcik?” – Zul.



“Nanti 12.00 aku msg dia. Ni, kira gerak kul 1 lah ni?” – Hadi.



“Yup. Kul 12.45 aku sampai umah ko..” – Zul.



“Orait babeh” – Hadi.



Saya mula mencari pakaian yang sesuai. Maklumlah, saya bukannya seorang yang selalu berpakaian kemas. Oleh kerana tiada pakaian lain yang menarik, saya memilih untuk memakai kemeja hitam saya. Setelah menjumpai pakaian, saya mula menanggalkan pakaian dan pergi ke bilik mandi di belakang, sambil bersiul-siul tanpa bunyi, kerana saya tidak reti bersiul.



Siap sahaja mandi, saya pun mula mengenakan pakaian yang telah dipilih tadi. Kemeja hitam, seluar slack hitam, boxer hitam, stokin hitam... Alamak, serba hitam lah pula. Terasa seperti berkabung pula. Saya ingin memakai kasut ‘Adidas Superstar’ putih saya, tetapi, kelihatan terlalu menonjol pula. Terasa seperti mamat hip-hop dalam video klip Alicia Keys pula nanti. Saya memilih untuk memakai kasut kulit hitam sahaja. Biarlah berpada-pada. Sambil menanti Zul, saya sempat makan 2 bungkus nasi lemak, solat Zuhur, dan juga menyisir rambut.. Punya lah lambat budak Zul ni. Akhirnya Zul muncul juga pada jam 1.45pm. Tepat satu jam dari waktu yang dijanjikan.



“Jalan jem teruk nak masuk Gombak... Siyut betul! Ntah hapa ntah!!”



Zul bersungguh-sungguh cuba meyakinkan saya sehinggakan mukanya berpeluh-peluh. Saya hanya senyum mengiakan dan terus masuk ke dalam kereta. Kami terus bergegas ke Teratai Mewah untuk mengambil Pokcik. Jam sudah menunjukkan pukul 2.00pm. Sedang menunggu Pokcik turun, tiba-tiba, lagu ‘Call It Karma’ oleh ‘Silverstein’ berkumandang, menandakan masuknya satu panggilan ke telefon saya.



“Weh, korang kat mana? Aku tengah cari parking ni. Banyak sangat la kereta.” Faris sudah mula menelefon saya.



“Aku tengah amik Pokcik ni.” Saya jawab dengan risau akan dimarah.



“Amik Pokcik kat mana?”



“Kat Teratai Mewah.”



“Mana?!”



“Gombak lagi”



“Hangguk ko! Kat nak jumpa kul 2.00! hahahahaha”



Faris marah sambil ketawa. Mungkin dia ketawa kerana tekanan perasaan yang melampau. Zul sudah mula risau, kerana dia takut dipersalahkan atas kesalahannya.



“Ok lah! Nanti ko dah sampai, mesej aku! Nanti aku cari Man dulu.” – Faris.



“Orait babeh.” – Hadi.



Kami terus memacu deras ke arah Putrajaya melalui lebuhraya MRRII. Zul pada mulanya ingin mengikut lebuhraya KL – Putrajaya, tetapi dia tidak jumpa jalan itu. Sepanjang perjalanan, Zul kerisauan dan cemas kerana saya asyik menjawab SMS dengan kedua-dua telefon saya. Dia sangkakan saya sedang menerima SMS kemarahan dari Faris dan juga Hazman. Sebenarnya saya sedang sibuk ber SMS dengan kawan-kawan lain.



Kami sampai di PICC pada jam 2.45pm. Sudah lewat 45 minit dari perjanjian asal. Kami terus mencari Faris. Di dalam kesibukan mencari Faris, saya sempat kagum dengan keunikan dan kecantikan serta kecanggihan PICC. Agak banyak perkataan ‘wow’ keluar dari mulut becok saya. Akhirnya kami pun berjumpa Faris yang menanti bersendirian di kaki eskelator. Baru lah saya tahu yang Hazman juga tak kunjung tiba lagi. Faris, seperti biasa, sudah siap bersenjatakan kamera digital SLR nya, tersengih-sengih sambil menangkap gambar kami dan juga gadis-gadis yang ada di sana.




Setelah 12 minit menanti, akhirnya Hazman muncul bersama seorang kawnnya. Hazman yang agak lama tidak saya ketemu sudahberambut pendek ala Mawi, datang dengan bertali leher dan juga memakai jaket kot. Rupa-rupanya kehadiran kami hari itu adalah atas tiket alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), sekolah Hazman dahulu. Jadi, kiranya secara tidak rasmi, kami adalah ahli MCOBA pada hari itu. Sebagai jemputan alumni, kami terpaksa masuk melalui pintu di tingkat teratas sekali. Melangkah sahaja masuk, tiba-tiba terdengar satu pengumuman.



“Mengumumkan, ketibaan Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, bersama isteri... bla.. bla... bla...”



Saya pada mulanya menyangkakan mereka tersalah orang, menganggap saya sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi rupa-rupanya kami telah masuk serentak dengan kemasukan Najib bersama isteri di tingkat bawah.



Kami terus mencari tempat duduk alumni MCKK di dalam dewan. Tetapi malangnya, tempat duduk rizab itu sudah penuh. Jadi kami memilih untuk duduk di tempat duduk ibu-bapa. Kami agak beruntung kerana dapat duduk sebaris dalam dewan itu. Dewan itu agak penuh sehinggakan ada yang terpaksa duduk di tangga.



Kesengitan pertandingan akhir petang itu ternyata pada tahap super saiya di mana kelima-lima finalis amat lah hebat-hebat belaka. Saya yang memang selalunya berperangai kekampungan menikmati muzik-muzik yang dipertandingkan petang itu dengan penuh kagum. Sebagai pecinta muzik, saya tidak banyak bising sepanjang pertandingan dijalankan.




Sehinggalah pada pertengahan persembahan sekolah yang terakhir, kami di minta beralih dari tempat duduk kami oleh petugas di situ. Secara tiba-tiba, tempat duduk kami yang begitu selesa sudah bertukar menjadi tempat duduk rizab untuk peserta pertandingan. Kami sebagai rakyat yang bertamadun mula bangun untuk beralih tempat. Kami juga tidak ingkar dengan arahan kerana petugas yang mengarahkan kami itu agak cantik dan manis orangnya. Kami rela duduk di tangga dewan sahaja selepas itu.




Setelah tamat pertandingan, terdapat beberapa persembahan selingan dipentaskan seperti tarian dan juga nyanyian bagi memberi masa kepada juri untuk menghakimi keputusan. Saya memilih untuk merayau-rayau. Sempat juga kami melihat pemandangan selayang pandang dari dewan yang terletak betul-betul di atas bukit itu.

Kemudian, seperti biasa, apabila pergi ke tempat yang tak pernah pergi, saya mesti singgah ke tandasnya. Zul, seperti biasa, tidak mahu ketinggalan merayau-rayau bersama saya di dalam tandas.



Setelah itu, kami kembali masuk ke dalam dewan untuk mendengar keputusan. Hazman agak kecewa kerana MCKK tidak menang pada petang itu. Akan tetapi, bagi kami, tiada apa yang boleh dimalukan dengan kekalahan petang itu kerana semua pasukan hebat-hebat belaka. Setelah semuanya selesai, Hazman memperkenalkan kami kepada guru muziknya yang banyak mendidik Hazman sehingga dia menjadi salah seorang penagih muzik yang lebih tegar dari saya. Setelah itu, kami pun beransur diri, kerana perut kami masing-masing sudah lapar.



Saya, Pokcik dan Zul turun dahulu kerana Faris masih leka mengambil gambar dan Hazman masih sibuk berbual-bual dengan junior-junior sekolahnya. Kami menanti mereka di dalam ‘taman dalam bangunan’ yang agak unik. Akan tetapi, lepak dalam taman itu, munculnya perasaan seperti haiwan di zoo kerana orang yang lalu lalang akan melihat kami dalam kaca.




Setelah Faris puas menangkap gambar, kami pun bergerak meninggalkan Hazman untuk makan di Alamanda Putrajaya kerana rasa lapar yang tidak dapat dibendung lagi. Sampai sahaja di Alamanda, kami terus makan tanpa memikirkan Hazman yang datang tiba apabila kami selesai makan. Setelah selesai makan, kami mengambil kesempatan merayau-rayau dalam alamanda sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur...



Itu sahaja? Nantikan kesinambungannya.........



Orkes Angin Bahagian I

Lagu ‘Just Like Heaven’ oleh ‘The Cure’ berkumandang menandakan masuknya sekajang SMS ke dalam telefon.



“Bob, Man ajak ko ngan Pokcik tgk orchestra esok kat picc. Jom la, kalo nak aku amik kat komuter bole je” – Faris.



Ada tiket ke? Brape kosong?” – Hadi.



“Xtau, tny Man. Dia suruh ajak ko ngan Pokcik. Ada tiket utk 4 org la kot t’masuk die.” – Faris.



Saya dengan penuh curiga, terus menelefon Hazman. Namun, tiada jawapan. Lalu, jari jemari saya pantas menaip SMS.



“Macha! Brapa kaki bole ikut? Pakai apa?”



Tiada jawapan setelah 5 minit. Saya bergerak ke meja saya, dan ternampak Faris sedang online di YM. Zul yang duduk berhampiran mula memasang telinga, ibarat ahli pasukan makcik-makcik mengumpat yang cuba mengambil tahu apa yang saya sedang lakukan. Mata Zul juga mula mengerling tajam memerhatikan segala tindak-tanduk saya.



“weh, apsal Man x jawab aku tipon? Aku msg pun dia x reply?” Tanpa salam dan juga tanpa BUZZ!,. saya mula YM Faris.



“Oh, dia ada perform hari ni kat UITM, dia tutup henset ah tu.. Ko nak pegi x esok?” – Faris.



“Nak gak, tapi apa sebenanya yg kita nak pegi ni? Ada tiket ke? Free ke? Pakai baju apa? Boleh bawak berapa orang?” – Hadi.



“Aku pun xtau sangat details dia, yg aku tau, sekolah dia masuk final...” – Faris



“Oh, pertandingan ke? Sekolah menengah ek?” – Hadi.



“Aku x pasti sangat, ko pegi ke x? kalo ko pegi, aku pun pegi... ” – Faris.



Belum sempat saya menjawab, tiba-tiba, lagu ‘Call It Karma’ oleh ‘Silverstein’ berkumandang, menandakan masuknya satu panggilan ke telefon saya.



“Hah! Macha! Ko dah kerja kan, ko call aku balik!”



Lalu, panggilan ditamatkan dengan cepat. Hazman rupanya. Ini lebih menambahkan sifat ingin tahu saya. Zul semakin rakus menggerak-gerakkan telinga, cuba mendengar seperti takut ketinggalan kerana nama beliau tidak disebut dalam SMS Faris tadi. Tidak seperti Pokcik yang terasa selamat, masih leka bermain catur di komputer Abang Noh. Saya terus menelefon Hazman kembali.



“Dey macha, apa cerita konsert? Sekolah ko masuk final?” – Hadi.



“Ha’ah, mana tau? Faris ek? Ko nak pegi tak? Ajak Pokcik sekali” – Hazman.



“Ko ada tiket free ke? Kena bayar ke? Berapa orang boleh pergi, tiga orang boleh?” – Hadi.



“Ye lah, aku memang ajak ko tiga orang, tambah Pokcik ngan Faris. Free je” – Hazman.



“Tak, maksud aku, boleh tak tambah sorang lagi?” – Hadi.



“Ko nak bawak sapa pulak ni?” – Hazman.



“Ni, si Zul. Boleh tak?” – Hadi.



Zul mula tersenyum sedikit setelah terdengar namanya disebut.



“Ooohh.. Boleh je.. tarahal la macha, bole adjust punya..” – Hazman.



“Cantek! Pukul berapa? Jumpa katne? Kena pakai apa?” – Hadi.



“Dia start kul 2.30, nanti ko jumpa aku kul 2.00 kat PICC, nanti aku bagi tiket, kita masuk sesama. Kena pakai smart.” – Hazman.



“Pakai smart...? Smart camne tu? – Hadi.



“Smart la... Kemeja, slack, kasut, baju tuck-in, tak bole la selekeh-selekeh...” – Hazman.



“Adeh... kena sikat rambut ke?” – Hadi.



“Haa... sikat rambut! Hahahahaha!” – Hazman.



Adeh deh... Esok, nampaknya saya akan memakai pakaian formal untuk tengok orkestra..


Selasa, 24 Jun 2008

Alicia Keys - No One



"Huh, apsal setiap kali ko naik kereta aku ni je, mesti keluar lagu ni hah? Menyampah aku" - Zul

"Dia minat kat aku kot..." - Hadi

Isnin, 23 Jun 2008

Bazaria Larut Malam Jumaat Klewon

Hari Khamis malam Jumaat itu, saya mendapat dua kegembiaraan berturut-turut dalam satu malam. Kegembiraan pertama tercetus apabila saya pulang dari surau selepas Isyak. Ketika berjalan pulang beriringan bersama Hawa, adik bongsu saya, saya sudah menjangkan akan menerima kegembiraan kerana dari susun atur bintang di langit, dan juga kadar kekembangan bulan pada malam itu.



Ketika sampai sahaja di muka jalan untuk masuk ke rumah saya, saya sudah mula ternampak kelibat budak-budak kecil sedang asyik bergilir-gilir bermain basikal di halaman rumah. Rupa-rupanya kelima-lima anak Kak Ina kesayangan saya sudah muncul dan datang ke rumah malam itu. Sungguh seronok saya kerana dapat melepaskan rindu kepada budak-budak itu. Saya mengambil peluang untuk melambung-lambung mereka bergilir-gilir dan menyakat mereka sehingga mereka hampir menangis.





Sedang asyik mengunyah makan malam, muncul lagi tetamu yang amat saya nanti-nantikan. Kemunculan sepasang kekasih merangkap sahabat baik saya, Amir dan Asrina adalah kegembiraan kedua bagi saya pada malam itu. Kedatangan Amir adalah tidak sah jika tidak diikuti dengan acara berjalan-jalan dan berfoya-foya. Tanpa menjemput mereka masuk, saya menghabiskan makan, cepat bersiap, dan terus keluar dengan penuh bergaya. Malam itu kami akan menghabiskan masa berfoya-foya dan merayau-rayau di Downtown Cheras. Kami memilih Downtown kerana Danau Kota memang diisytiharkan tutup pada setiap hari Khamis.



Sebelum meneruskan perjalanan ke Cheras, kami pergi dahulu di Teratai Mewah untuk mengambil Pokcik sebagai teman perayauan tetap kami. Zamir, rakan serumah Pokcik turut ikut serta kerana dia takut tinggal seorang diri di rumah. Kami singgah dahulu di Jalan Genting Klang untuk makan malam kerana Pokcik dan Zamir belum makan lagi. Saya, Amir dan Asrina hanya minum sahaja. Ternyata, air minuman yang kami minum pada malam itu terasa tidak sedap pelik. Kopi O saya terasa seperti air basuhan tangan kenduri. Setelah siap membayar dengan tidak ikhlas, kami terus meluncur deras menaiki Kancil super turbo Evo 8 Amir menuju ke arah Cheras.



Saya amat bersyukur pada malam itu, kerana kami selamat tiba di Downtown Cheras tanpa sedikit kesesatan pun. Agak pelik kerana selalunya, gabungan saya, Amir dan Pokcik selalunya akan menghasilkan kesesatan. Mungkin kerana terdapat aura Asrina yang menghapuskan aura kegelapan dan kesesatan kami. Lain kali, kalau kami berjalan lagi, kami pasti tidak akan lupa untuk menyeret Asrina sekali.



Sampai sahaja, kami memutuskan untuk merayau dengan cara ‘mengular’ dimana, dengan cara itu, setiap gerai dapat dilawati dengan menjimatkan masa. Amir giat mencari seluar baru, kerana beliau sudah mula kerja sebagai seorang fasilitator swasta. Tidak tersangka, Amir sudah memakai seluar bersaiz 42. Sedikit lagi Amir akan menyamai martabat saya dalam saiz pinggang. Sehinggakan sudah tidak relevan lagi bagi Amir untuk mengukur saiz seluar di lehernya. Setelah puas merayau, kami singgah di sebuah gerai yang menjual novel. Kami tertarik kerana terdapat beberapa novel-novel lama dan agak sukar didapati ada dijual disana. Pada mulanya saya ingin membeli novel ‘Mat Gong’ karya Malungun, akan tetapi, Pokcik sudah terlebih dahulu memintas saya dan membeli novel itu.





Kami juga sempat singgah di gerai yang menjual binatang-binatang peliharaan kerana Amir berminat untuk melihat hamster, tikus belanda, dan juga kucing comel bulat gebu kembang yang saiznya hanya besar sedikit dari tikus belanda.





Setelah puas merayau, kami menghantar Asrina pulang ke Ampang, dan diikuti dengan menghanta Pokcik dan Zamir pulang ke Teratai Mewah. Kemudian, Amir dan saya meneruskan perjalanan ke Gombak, mengikut jalan penuh nostalgia menerusi jalan bersebelahan dengan Sekolah Menengah Chong Hwa pada malam yang pekat. Kami mengimbas nostalgia lama sambil berbual dengan topik-topik rahsia. Hehehehehe...

Badminton Petang Intan

Petang Rabu itu, setelah pulang dari kerja, saya seperti biasa telah memasang niat murni untuk menghabiskan menonton siri “Prison Break”. Akan tetapi, niat murni itu terpaksa digugurkan tatkala melihat adik bongsu saya asyik bermain dengan laptop saya. Tetapi, saya tidak mudah gusar kerana akal saya sentiasa ligat menyediakan senarai aktiviti untuk saya menghilangkan bosan. Akan tetapi, dalam kepelbagaiam senarai itu, saya telah memilih acara tidur petang untuk mengisi masa lapang.



Baru sahaja saya melangkah bangkit dari kerusi, hendak melangkah masuk ke dalam bilik, tiba-tiba muncul Intan, sepupu saya yang paling akhir dalam senarai keturunan. Dengan membawa raket, dia begitu sibuk mencari pasangan untuk bermain badminton. Oleh kerana semua orang agak sibuk dengan hal masing-masing petang itu, maka semua pun tidak mahu melayan Intan. Intan pun mula bermain badminton seorang diri sambil menyanyikan lagu-lagu Dafi buah hatinya.



Oleh kerana telinga saya mula bingit mendengar bunyi raket mengetuk lantai dan suara kecil Intan menyanyikan lagu-lagu Dafi yang saya mungkin pernah dengar, saya menawarkan diri untuk bermain badminton bersama dengan Intan. Tawaran itu juga adalah kerana faktor ketinggian Intan yang hanya mencecah paras pinggang saya, dan juga Intan masih belum pandai mengeja ‘badminton’. Kami menghabiskan masa petang itu dengan bermain badminton di ruang tamu, kerana halaman rumah penuh dengan budak-budak bermain sepaktakraw. Petang itu saya mendapat kemenangan besar... Hehehehehe...


Khamis, 19 Jun 2008

Kasut juga menjadi mangsa pemerkosaan asid bateri


Setelah beberapa hari, baru saya perasan kasut saya juga telah menjadi mangsa hakisan asid bateri yang tertumpah dahulu, ianya menjadi reput, pecah-pecah dan melepuh.. adeh deh...nak kena carik kasut baru la pulak.. adeh deh lagi sekali..

Lemak manis waffle di kota

Petang Isnin yang alalu agak mendung dan permai. Kami keluar pejabat agak lewat, dalam jam 5.08pm kerana ada kerja yang melewatkan kepulangan kami. Apabila kami turun kami terus berpisah arah untuk pulang, tanpa singgah bersantai dahulu di restoran bawah pejabat kami. Apabila saya sudah siap duduk sebelah Zul dalam keretanya, saya terhidu sesuatu. Bukan bau busuk, tetapi bau helah yang mula mekar.


“Kita ada nak pergi mana-mana ke ni?” soal saya penuh curiga.


“Kita pergi Pertama jap. Aku nak amik seluar.”


Ternyata deria pengesan helah saya masih hebat. Zul telah memperdaya saya untuk berjalan-jalan sebentar di pusat kota. Zul hendak mengambil seluar-seluar jeans terkena asid yang beliau hantar untuk dibaiki semalam. Akan tetapi, Zul amat bernasib baik kerana berjalan-jalan adalah hobi saya yang paling saya minati. Jadi, saya akur dengan helah Zul tanpa kompromi. Saya juga tidak akan mensia-siakan peluang untuk saya menziarahi antara tempat-tempat saya membuang masa dan mencari ketenangan, ketika hujung zaman persekolahan saya yang lampau.


Sampai sahaja di Kuala Lumpur, kami memilih untuk parking di bangunan kompleks Maju Junction kerana itulah kawasan parking paling murah sekitar itu. Siap sahaja parking, saya terus mencari tandas di tingkat teratas Kompleks itu kerana sudah lama menahan rasa ingin membuang air kecil.


Selesai membuang hajat, kami meneruskan perjalanan ke kompleks Pertama dengan beberapa orang memandang pelik kepada saya. Ini adalah kerana dengan selamba, saya berjalan di khalayak ramai dengan sluar yang sedikit basah akibat paip di tandas yang memancut dengan mengejut. Mungkin mereka yang memerhati menganggap saya terkencing dalam seluar. Saya tidak kisah kerana itu hak mereka.


Kami meneruskan perjalanan tanpa banyak singgah kerana risau tukang jahit itu terlupa akan Zul kerana dengan bijaknya, Zul tidak meminta resit semalam. Masuk sahaja kedalam kompleks Pertama, saya terus mengalih dompet panjang dan anggun saya ke poket hadapan. Ini adalah kerana sudah menjadi kebiasaan saya berbuat sedemikian untuk mengurangkan risiko penyeluk saku. Setelah dapat mengambil semula seluar tanpa banyak karenah, barulah Zul berselera untuk merayau-rayau dan window shopping. Pengwindow shoppingan kami bermula dengan masuk ke dalam Reject Shop. Banyak pula pakaian yang cantik-cantik dan trendy-trendy ada pada hari itu. Sakit pulak hati saya. Bila masa saya ada duit, tiada pula pakaian yang berkenan di hati. Bila tengah sengkek ketepek macam ni, banyak la pulak yang menyelerakan.


Setelah melangkah keluar kosong dari Reject Shop, kami terhenti sketika kerana ternampak satu Pakcik dari Russia yang merantau mengelilingi dunia hanya dengan menaiki motorsikal. Ramai juga yang bergambar sambil menghulurkan derma bantuan kepadanya supaya dia dapat meneruskan perjalanannya pulang ke Russia. Kami hanya menangkap gambar beliau dari belakang dan tanpa disedari kerana risau duit kami pula yang diminta nanti. Bukan kerana kedekut, tapi memang kami tengah sengkek.




Kami tertarik untuk masuk ke dalam kompleks Odeon yang dahulunya panggung wayang. Kami ingin melihat-lihat kedai-kedai yag ada di dalamnya sama ada menarik mengancam atau tidak. Seingat saya, kali terakhir saya menjejakkan kaki ke dalam kompleks itu, lebih kurang 4 bulan yang lalu, terdapat lebih dari 20 kedai sudah beroperasi. Itu termasuk sebuah kedai yang ada menjual t-shirt band-band kegemaran saya, dari Radiohead sehinggalah D.R.I. Tidak sabar rasanya untuk melihat perubahan yang mungkin berlaku dalam tempoh 4 bulan.



Masuk sahaja ke dalam kompleks Odeon, sangkaan saya ternyata ada betulnya. Memang terdapat satu perubahan besar disitu. Hampir kesemua kedai di dalam sudah tiada. Yang ujud hanyalah beberapa ketul kedai sahaja. Yang boleh dikira dengan sebelah tangan sahaja. Kemana perginya semua kedai itu, saya pun tidak tahu. Tiada orang di situ untuk kami bertanya. Saya hanya terpinga-pinga sambil menggaru kepala. Kami meronda hingga ke tingkat atas, tetapi suasana tetap hambar seperti baru dilanda wabak kematian.





Dengan rasa sedikit kecewa, kami meninggalkan bangunan itu dan berlar-larii anak melintas jalan untuk pergi ke kompleks Maju Junction pula. Kami berniat ingin pulang segera kerana waktu pun sudah hampir senja. Saya mengikut jalan khas untuk pejalan kaki, kerana risau akan keselamatan saya jika berjalan secara samberono sahaja. Lagipun, itu lah pertama kali saya ternampak papan tanda jalan yang mendorong timbulnya niat saya untuk mengikuti jalan khas untuk pejalan kaki itu.





Apabila kaki melangkah masuk ke dalam Maju Junction, kami turun ke tingkat bawah kerana ingin melihat-lihat vcd cerita-cerita lama. Saya pula ternampak sebentuk benda yang lebih menarik di tingkat bawah itu. Sebuah kiosk makanan yang menghasilkan aoma manis lemak berkrim dan disukai ramai. Sebuah kiosk yang ada menjual waffle, jagung manis, dan juga aiskrim. Saya ternyata sudah teransang untuk menyantap waffle berlepakan mentega kacang dan coklat. Tanpa memedulikan Zul, saya terus merapati kiosk itu dan beratur di belakang seorang kakak yang berumur dalam lingkungan 40an.



Sedang beratur dan berkhayalkan tentang waflle panas yang akan dikunyah dan mencair dalam mulut, tiba-tiba kakak yang beratur dihadapan saya menegur saya. Saya agak terperanjat sedikit kerana saya tidak mengenali kakak itu. Setelah berbual seketika, kakak itu menghulurkan sekeping nota pada saya. Barulah saya mengerti, dia cuba mempelawa saya untuk menyertai program dan produk menguruskan badan. “Herbalife” katanya. Saya, seperti biasa tidak menolak, malah tidak menerima. Saya hanya tersenyum sopan kepada kakak itu. Setelah kakak itu pergi, tibalah giliran saya untuk memilih menu.



“Peanut butter dengan coklat satu”


Dengan hanya satu nafas sahaja saya dapat melafazkan niat pesanan saya kepada gadis yang menjaga kaunter kiosk itu. Gadis itu menyambut pesanan saya dengan satu senyuman yang agak menarik. Sambil berdiri menanti waffle saya siap, tiba-tiba kiosk itu didatangi 2 orang gadis berpakaian hitam. Saya menoleh sekali, kemudian tertarik untuk memandang kali kedua. Rupa-rupanya gadis itu amat saya kenal. Tetapi, dia tidak kenal akan saya. Tidak tersangka oleh saya hari itu saya dapat berjumpa dengan Heliza, penyanyi produk Akedemi Fantasia ke 5. Didatang bersama seorang rakannya. Ternyata wajah beliau kelihatan lebih cantik di luar dari apa yang terpampang di dada-dada akhbar dan terpancar di kaca-kaca televisyen. Kecantikan semulajadi lah katakan...

Siap sahaja membayar untuk waffle itu, kami terus bergegas ke lif dan terus naik ke tingkat teratas untuk membayar parking. Saya agak kagum kerana mesin parking itu boleh bersuara, malah berbicara dengan bahasa Melayu. Tersenyum saya dengan gaya kekampungan di situ sambil Zul membayar parking. Tidak saya sangka, masih ada pihak berusaha memartabatkan Bahasa Melayu.



Selesai dengan proses pembayaran, kami terus masuk dalam kereta dan menikmati waffle yang saya beli tadi beserta halwa telinga kami dihidangi dengan lagu “Forever” dendangan Chris Brown yang keluar dari corong radio kereta Zul.



Prentation Praktikal

Akhirnya, semalam, kami berjaya melangsungkan majlis presentation kami di hadapan En. Mad Noh (Resscom) dan Mr. Dalbir (Uniten).




Kami sedang menayangkan hasil kerja kami, 'Kerusi Cinta Maya Elektronik'



Ternyata, MR. Dalbir orang yang ramah dan cool. Beliau telah membelanja kami minum pagi dan juga mengajak kami untuk berekspedisi apabila buka sem nanti. Yeh!